Amaris tiada hubungan dengan Vida

0
59
PUTRA Amaris mahu kembangkan bisnes My Tart.

 

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

 

SEBELUM ini kita sering melihat pelakon Putra Amaris atau Amran Ismail menemani usahawan kosmetik Datuk Seri Vida untuk tempoh beberapa bulan pada tahun lepas.

Kini ke mana saja Amaris pergi, beliau akan ditemani oleh isteri, Nur Syazwani Alias dan anak, Putra Asytar.

Amaris, 34, yang ditemui pada majlis memperkenalkan muzik video lagu rasmi Star Vendors, Starlela, baru-baru ini berharap, namanya tidak lagi dikaitkan dengan usahawan kosmetik tersebut.

“Saya sudah tidak bekerja dengan Datuk Vida selepas balik dari umrah. Sebenarnya antara kami tak ada apa-apa pun, mungkin ada warganet yang salah faham.

“Kami tak ada apa-apa hubungan istimewa, selain saya bekerja dengan beliau untuk bahagian pemasaran. Saya akui sepanjang bekerja dengan beliau banyak ilmu bisnes yang saya dapat. Dia tak lokek ilmu dan seorang yang baik,” jelas Amaris tentang cerita sebenar kenapa mereka tidak lagi berhubungan.

Amaris yang pernah muncul dalam klip video lagu Lavida Go Bola berkata, beliau mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dengan Vida kerana mahu menguruskan perniagaan keluarga.

“Saya berhenti selepas balik umrah kerana dalam masa sama bapa saya baru meninggal dan ada perniagaan keluarga. Sebelum ini saya terpaksa ulang alik antara Ipoh – Kuala Lumpr – Johor Bahru dalam sebulan dua tiga kali juga.

“Bila bapa meninggal, saya fikir inilah masanya untuk bantu keluarga dan tak nak menyusahkan mak. Bagi saya ini keputusan yang terbaik telah saya buat,” katanya.

MAHU KONGSI REZEKI MENERUSI TART

Masih lagi aktif berlakon dan kini Putra Amaris banyak berlakon dengan A.Aida Production Sdn. Bhd., dan bakal muncul dalam filem Ratu Kala Jengking terbitan produksi tersebut.

Kata Amaris, telefilem lakonannya, Iktibar bakal ditayangkan dalam waktu terdekat menerusi TV3 dan selain itu beliau juga sibuk memperkukuhkan bisnes tart telur yang baru dimula sejak beberapa bulan lalu.

“Saya masih aktif berlakon cuma sekarang sibuk dengan perniagaan sikit dan anak, Putra Aystar. Alhamdulillah, bisnes kecil-kecilan iaitu My Tart baru beroperasi, harap dapat sokongan ramai.

“Insya-Allah akan dikembangkan. Kami dalam proses gerak kerja untuk buat penghantaran. Sebenarnya bisnes ini bermula secara suka-suka saja. Saya dan isteri suka makan tart dan bila dia buat dan bagi saudara mara dan kawan-kawan makan, mereka kata sedap. Dari situlah kami fkir kenapa tak buat perniagaan agar lebih ramai boleh rasa tart telur ini,” ceritanya.

Selain penghantaran, My Tart juga akan dijual d pasaraya Rosyam Mart dalam tempoh terdekat ini. Sementara itu, untuk bulan ini orang ramai boleh mencuba My Tart pada setiap Sabtu dan Ahad di Ecurve, Mutiara Damansara.

“Alhamdulillah, My Tart ini sebenarnya ada dua jenis. Satu yang sudah siap bakar dan satu lagi dingin beku. Nanti bila sudah beroperasi di Rosyam Mart, akan ada petugas yang menjaga kiosk di situ untuk yang mahu beli dan makan. Bagi yang mahu bawa pulang, boleh beli di bahagian dingin beku.

“Tart telur keluaran saya tak terlalu manis dan harganya pun berpatutan dan mampu dibeli oleh semua orang. Niat saya satu saja nak kongsi rezeki dan bantu orang ramai. Bagi yang mahu berniaga, pihak kami akan sediakan semua kelengkapan dan siap dengan tunjuk ajar lagi. Kosnya tak mahal sekitar RM5,000 saja,” katanya yang turut mengambil tempahan tat untuk majlis perkahwinan atau hari lahir.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here