Bajet ciput, tapi PM baru sedar TVET penting untuk negara

Begitulah nasib malang yang timpa bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) apabila diberikan dana tahunan begitu sedikit oleh Kementerian Kewangan sepanjang tahun ini.

Bajet ciput, tapi PM baru sedar TVET penting untuk negara
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada Sesi Dialog bersama Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Industri semasa Majlis Penutupan TVET Conference 2019 – Human Capital Development To Enhance Future Skills Agenda di Putrajaya. NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR.
Oleh AMREE AHMAD

 

ALAHAI… Ini mungkin agak kelakar tetapi jelas berlaku di bawah pentadbiran Malaysia Baharu apabila sektor yang sepatutnya diberikan keutamaan sebaliknya dapat peruntukan amat kecil.

Begitulah nasib malang yang timpa bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) apabila diberikan dana tahunan begitu sedikit oleh Kementerian Kewangan sepanjang tahun ini.

Anehnya, semalam Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seolah-olah baru sedar betapa pentingnya sektor tersebut kepada negara kita dalam memajukan ekonomi berteknologi tinggi.

Ketika beliau menyampaikan ucaptama pada Konvensyen TVET di ibu kota, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang sambut ulang tahun ke-94 pada hari ini namun sekadar beri ayat motivasi.

Mahathir yang jelas tiada idea baharu kelihatan hanya menyeru pihak industri dan institusi TVET tempatan agar jalin kerjasama pintar terutama mewujudkan tenaga kerja pakar dalam bidang itu.

Beliau juga tidak jelas apakah bantuan boleh diberikan pihak kerajaan secara spesifik tetapi masih mengharapkan pemain industri bantu graduan TVET dengan kursus ada kebolehpasaran.

Ironi, bagi mereka yang terlibat dalam sektor ini tentu maklum bagaimana ‘kerdilnya’ peruntukan kerajaan PH berbanding era Barisan Nasional (BN) amat mewah dengan pelbagai dana khas.

Untuk rekod, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika bentang Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017, memperuntukan RM4.9 bilion bagi pelaksanaan pelan induk TVET.

Jumlah tersebut naik RM300 juta berbanding Bajet 2017, selain bekas Menteri Kewangan itu menyediakan 100 biasiswa untuk pelajar cemerlang TVET dengan peruntukan RM450 juta.

Malangnya setelah BN tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14, menteri kewangan baharu, Lim Guan Eng cuma beri dana RM50 juta semasa bentang Belanjawan 2019 pada 2 November lalu.

Bayangkanlah jumlah ‘ciput’ itu, walhal TVET amat perlu bagi Malaysia dapat bangkit dalam era Revolusi Industri 4.0 sekali gus kurang kebergantungan kepada modal insan dari luar negara.

Apakah Guan Eng tergamak ‘hina’ bosnya sendiri dengan bajet kecil dan setaraf peruntukan tahunan untuk baik pulih puluhan ribu buah sekolah kebangsaan yang uzur di seluruh negara.

Hakikatnya, masih belum terlambat bagi Mahathir; yang tentu tidak pernah dengar istilah TVET sewaktu jadi perdana menteri keempat dahulu, untuk tambah baik bidang kemahiran tinggi ini.

Jika tidak, percayalah Malaysia akan ketinggalan berbanding jirannya di rantau Asia Tenggara yang secara perlahan mula lebih ke hadapan dalam sektor TVET bagi capai status negara maju.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.