Dr Mahathir dijangka diasak soalan mengenai prestasi Malaysia Airlines

0
20

 

KUALA LUMPUR — Isu prestasi syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) dijangka antara yang dibangkitkan Ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, Datuk Seri Mustapa Mohamed (PH-Jeli) dijadual mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri mengenai langkah yang diambil kerajaan untuk memulihkan prestasi Malaysia Airlines serta sejauh manakah keberkesanannya sehingga ke hari ini.

Soalan pada sesi soal jawab lisan berkenaan dijangka dijawab sendiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-94 pada hari ini.

Semalam (Selasa), Dr Mahathir berkata kerajaan sudah menerima empat tawaran daripada syarikat yang berminat untuk mengambil alih Malaysia Airlines, namun belum ada sebarang keputusan dibuat berkenaan tawaran pengambilalihan itu, dan kerajaan perlu meneliti kesemua cadangan yang dikemukakan.

Turut dijangka menarik perhatian ialah soalan Awang Hashim (PAS-Pendang) kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi mengenai kesan ke atas ekonomi Malaysia ekoran risiko ketidaktentuan persekitaran global khususnya antara Amerika Syarikat dan China mutakhir ini.

Sidang Dewan Rakyat hari juga dijangka membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Syarikat (Pindaan) 2019, bertujuan meminda Akta Syarikat 2016.

– Bernama
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here