Nama DNS .my jaminan keselamatan perniagaan global

DNS ‘.my’ yang dikendalikan oleh MYNIC mempunyai kelebihan tersendiri selain mempunyai jaminan keselamatan dalam perniagaan.

Nama DNS .my jaminan keselamatan perniagaan global

 

CYBERJAYA — Kelebihan mempunyai sistem nama domain (DNS) mampu memberi impak terhadap perniagaan dari segi pasaran luas, jaminan keselamatan dan penjenamaan serta pencarian lebih pantas di Internet.

Pada kebiasaan pengguna Internet melihat alamat sesawang yang diakhiri ‘.com’ sebagai satu capaian umum namun

DNS ‘.my’ yang dikendalikan oleh MYNIC mempunyai kelebihan tersendiri selain mempunyai jaminan keselamatan dalam perniagaan.

DNS .my adalah sebuah platform yang membolehkan rakyat tempatan melancarkan ekonomi digital dan berkembang secara global dengan memanfaatkan .my sebagai identiti pilihan mereka.

MYNIC mempunyai rangkaian Sambungan Keselamatan DNS (DNSSEC) yang menguatkan pengesahan menggunakan tandatangan digital berdasarkan kriptografi.

Ia adalah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta mentadbir lapan kategori nama domain, iaitu my, .com.my, .net.my, .org.my, .edu.my, .gov.my dan .mil.my .

Ketua Eksekutif MYNIC, Datuk Hasnul Fadhly Hasan, berkata pihaknya percaya DNS adalah tunggak kepada Internet khususnya dalam memberikan perkhidmatan efisien.

“Penggunaan DNS .my memberi perlindungan kepada produk dan perkhidmatan usahawan sekali gus menjadikan ia unik berbanding usahawan lain.

“Kita lihat .my ini memang ada tarikan dengan mempunyai lebih 320,000 pengguna DNS itu.

“Jika dibandingkan dengan DNS lain yang lebih generik pelanggan anda lebih terdedah untuk ditipu.

“Ini kerana pengguna DNS .my ini akan didaftarkan justeru jika pelanggan ditipu maka ia lebih mudah untuk dikesan,”katanya selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama CentralNic, di sini, hari ini.

CentralNic adalah pembekal perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran, pengedaran dan perunding strategik bagi domain peringkat tinggi umum (gTLD), domain peringkat tertinggi kod negara (ccTLD) dan domain tahap kedua (SLD).

Selain itu, Hasnul Fadhly, juga berkata pihaknya percaya kerjasama ini akan memberi peluang untuk perkembangan DNS .my .

“Tujuan kami sebenarnya adalah untuk menaik taraf DNS .my dan CentralNic mempunyai kepakaran membantu kami memahami standard peringkat global.

“Dengan usaha ini juga kita akan menambah baik berhubung perlindungan keselamatan DNS .my selain memperbaiki resolusi dan perkembang DNS secara global,” katanya.

-Berita Harian

 

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.