Pelantikan Najib? Tiba-tiba saya tak gembira, kata KJ

"Tiba-tiba, saya tidak gembira di mana saya berada sekarang."

Pelantikan Najib? Tiba-tiba saya tak gembira, kata KJ

DUA hari selepas Khairy Jamaluddin menolak pelawaan menyertai parti Bersatu dengan berkata bahawa dia gembira dengan kedudukannya sekarang, ahli parlimen Rembau itu hari ini menyatakan sebaliknya.

Khairy ditemui pemberita di lobi parlimen hari ini ditanya pandangannya tentang pelantikan bekas presiden Umno Najib Razak sebagai pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Khairy berkata, “Tiba-tiba, saya tidak gembira di mana saya berada sekarang”, sebelum melangkah meninggalkan pemberita.

Semalam, Najib dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pengarah BN.

Pelantikan itu dibuat dua minggu selepas Ahmad Zahid Hamidi kembali menjalankan tugas sebagai presiden Umno dan pengerusi BN.

Najib kini berdepan 42 dakwaan penggubahan wang haram, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah, sementara Zahid berdepan 87 tuduhan berkaitan rasuah.

Isnin lalu, Khairy dipelawa Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, untuk menyertai Bersatu.

Khairy menolak pelawaan itu dengan berkata: “Saya agak gembira dengan kedudukan sekarang, terima kasih.”

Sementara itu, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau terkejut dengan pelantikan Najib kerana perkara itu tidak dimaklumkan kepada mereka sebelum ini.

“Tapi saya fikir ini mungkin bagus kerana dia (Najib) ahli aktif Umno, yang merupakan parti komponen BN. Kita boleh dapatkan pengalamannya untuk menjadi panduan berdepan masalah yang kita hadapi hari ini,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Ditanya sama ada perkembangan terbaru itu bererti golongan panglima politik dalam Umno berjaya mengalahkan golongan reformis, Tengku Razaleigh berkata: “Mungkin.”

“Saya fikir ini cuma fasa peralihan, mungkin, ini cuma ujian untuk kita semua, kerana Umno bukan milik ahli Umno saja, tapi juga seluruh masyarakat, sama seperti BN sebagai (gabungan) parti kebangsaan.

“Kita akan diuji dari segi nasihat apa yang kita patut terima,” katanya.

Selain Najib, Zahid dan Setiausaha Agung BN dilihat sebagai panglima politik. Ketiga-tiga mereka berdepan perbicaraan mahkamah.

http://bit.do/eZsHF
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.