Ikan keli gergasi disangka ular sawa

0
104
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SEEKOR ikan keli (lele) gergasi seberat 6.5 kg dan panjangnya satu meter berjaya ditangkap kawasan riadah Curug Parigi, Bantargebang, Bekasi baru-baru ini.

Ikan keli itu ditangkap oleh milik Nemin yang sering menjala di kawasan berkenaan.

Menurut Nemin, kebiasaannya dia hanya memperoleh ikan-ikan kecil dan ikan keli yang berukuran biasa iaitu beratnya kurang sekilo.

Ketika menangkap ikan keli itu, Nemin menyangka dia mendapat ular sawa atau biawak besar kerana jalanya berat luar biasa.

Namun apabila ditarik ternyata di dalamnya seekor ikan keli bersaiz besar.

Ikan itu dipotong-potong dan dibahagi kepada jiran dan juga untuk dimakan keluarganya.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here