Jangan  terlalu  mudah  menuding  jari

0
1
Oleh TAMRIN TUN GHAFAR

 

  1. Semalam Rabu  10hb Julai adalah hari ulang tahun kelahiran Tun Mahathir Mohamad yang ke 94 dan secara kebetulan hari ini  Khamis, 11hb Julai adalah tarikh lahir saya dan esok Jumaat, giliran  Tun Dr. Siti Hasmah yang ke-93 pula.
  2. Sebelum melelapkan mata malam nanti, bawalah berfikir secara rasional dan tanpa dipengaruhi perasaan emosi, apakah faedah atau untungnya orang tua berusia 94 tahun ini peroleh, jika sekiranya bangsanya bersatu dan kuat?
  3. Majoriti rakyat percaya dan cukup yakin persetujuan Tun menerima jawatan Perdana Menteri buat kali ke-2 pada usia 93 tahun adalah semata – mata bagi menyelamatkan negara dari terus hancur.
  4. Sedarkah kita 60% dari kira – kira 30 juta rakyat negara ini terdiri daripada Bangsa Melayu?
  5. Namun hakikatnya Melayu sudah tidak bersatu; ia berpecah kepada 6 parti siasah dan tidak menghairankan jika ia akan terus berpecah lagi.
  6. Hobi perpecahan ini tidak berlaku di kalangan masyarakat Tionghoa.
  7. Mengimbau kembali sejarah, bagi membebaskan rakyat  Persekutuan Tanah Melayu dari terus dipulas oleh penjajah British, lebih 40 Persatuan Melayu telah sanggup mengetepikan fahaman dan kepentingan  masing – masing.
  8. Akhirnya pada 11hb Mei 1946 pengorbanan mereka itu berhasil apabila mereka sepakat untuk duduk di bawah satu payung  bernama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR yang lebih dikenali dengan panggilan  nama  Inggerisnya UMNO (United Malay National Organisation).
  9. Tanpa mengenepikan sifat dan sikap mementingkan diri, sudah pasti kita terus berada di telunjuk penjajah.
  10. ‘Bulat Air Kerana Pembentong, Bulat Manusia Kerana Muafakat’.
  11. Selagi lidi tidak disatukan dan diikat, selagi itulah ia senang dipatah – patahkan ; namun setelah disatukan dan diikat dengan rapi serta kuat, ia akan menjadi penyapu yang boleh membantu kerja-kerja pembersihan.
  12. Bertolak dari prinsip itulah akhirnya penjajah British TERPAKSA tunduk kepada tuntutan orang Melayu –  mahukan  KEMERDEKAAN!
  13. Justeru, tepat jam 12.00 tengah malam pada 31hb Ogos 1957, rakyat menitiskan air mata kegembiraan melihat buat pertama kalinya bendera negara kita sendiri dikibarkan  bagi menggantikan bendera Union Jack.
  14. Jika lebih 40  Persatuan Melayu sanggup mengetepikan ego dan kepentingan diri dan Persatuan masing – masing demi Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, mengapa hari ini kita hanya pandai menyalak tapi tidak sanggup mengikut jejak langkah mereka dahulu demi kepentingan bangsa kita sendiri untuk kini dan masa depan seterusnya?
  15. Realitinya perpecahan juga berlaku di antara mereka di dalam parti – parti tersebut.
  16. Orang Melayu khasnya di kalangan orang muda sudah mual dan muak dengan pertelagahan dan permainan dan taktik kotor mereka yang memperalatkan bangsa dan agama semata – mata untuk kepentingan diri.
  17. Hadaplah cermin, renung dan tanya diri sendiri apakah kita ini suci dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan; apakah kita suci dan maksum seperti bayi yang baru dilahirkan?
  18. Tak perlu kita salahkan orang lain bagi menutup kelemahan dan kegagalan kita sendiri.
  19. MEMANG SENANG MENCARI KESALAHAN  ORANG  LAIN  DARIPADA  MENGAKU  KESALAHAN  SENDIRI.
  20. Jika kita benar -benar ikhlas cintakan bangsa sendiri , maka ‘Lupakan Yang Keruh Ambillah Yang Jernih’.
  21. Ingatlah setiap kali kita menuding jari, ada tiga jari lagi yang menuding diri kita sendiri.
  22. SEMOGA KIAMBANG BERTAUT SELEPAS  BIDUK  BERLALU.
  23. Inilah harapan dan usaha murni terakhir Tun Dr. Mahathir SEBELUM meninggalkan kita bangsa Melayu buat selama – lamanya.
  24. Sebaik – baik amalan ialah memaafkan sesiapa sahaja sebelum orang berkenaan memohon maaf dari kita.
  25. Jadilah Bangsa yang bersatu, di segani dan bangsa yang boleh dipercayai dan dipandang tinggi BUKANNYA bangsa yang sibuk bercakaran sesama sendiri dan dipandang hina dan keji.
—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here