Jemaah haji bersenam dalam pesawat

Jemaah haji bersenam dalam pesawat
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

JEMAAH haji Indonesia diajar melakukan senaman bagi mengurangkan tekanan sepanjang  sembilan jam berada dalam penerbangan ke Madinah atau Jeddah.

Senaman ringan ini dikendalikan oleh petugas haji dari Kementerian Kesihatan yang terdiri daripada doktor dan jururawat.

Tempoh selama sembilan jam berada di dalam pesawat memerlukan tahap kesabaran dan keadaan fizikal yang tinggi supaya mereka berasa lesu apabila mendarat di Madinah ataupun di Jeddah. Sebahagian daripada jemaah merupakan  warga emas.

Bagi mengatasi masalah itu, pasukan petugas haji dari Kementerian Kesihatan Indonesia menyarankan agar jemaah haji melakukan senam ringan selama 15 minit ketika  berada di dalam kabin pesawat.

Senam dimulai dengan melakukan regangan otot, stretching dengan menggerakkan tangan, kepala ke kanan dan di kiri hingga senam kaki ringan.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.