Pengemis berkereta Toyota Avanza ditahan

Dia ditahan polis pada Selasa lalu ketika cuba beredar setelah menjalan aktiviti mengemisnya dengan mengenakan pakaian lusuh untuk menarik simpati orang ramai.

Pengemis berkereta Toyota Avanza ditahan
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SEORANG lelaki tanpa hidung yang mengemis menggunakan kereta MPV Toyota Avanza berjaya ditahan selepas muncul semula di Bogor, Jawa Barat.

Pengemis bernama Herman berusia sekitar 60 tahun sebelum ini sempat menghilang selama beberapa bulan lalu.

Beberapa bulan lalu,dia pernah ditangkap polis tetapi dilepaskan setelah diberi amaran keras.

Herman ternyata tidak serik dan terus menjalankan aktiviti di sekitar bandar Bogor.

Dia ditahan polis pada Selasa lalu ketika cuba beredar setelah menjalan aktiviti mengemisnya dengan mengenakan pakaian lusuh untuk menarik simpati orang ramai.

Orang ramai mendakwa Herman sudah mengemis sejak puluhan tahun dan memiliki beberapa buah kenderaan untuk disewa. Beliau juga didakwa mempunyai tiga isteri.

Namun ketika ditahan, pengemis itu berkata, dia menyewa kereta berkenaan dengan kadar Rp800 ribu (RM240) sehari sehingga jam 6 petang. Sehari, dia mampu mengutip Rp1500 ribu (RM450) sehari.

Pihak polis masih menyiasat sejauh mana kebenaran apa yang didakwa tentang Herman itu.

— BebasNews
Please follow and like us:
error

One Response to "Pengemis berkereta Toyota Avanza ditahan"

  1. basodia  11/07/2019 at 3:35 pm

    ingatkan.kat.malaysia

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.