Telefon bimbit boleh burukkan lagi jerawat?

Telefon bimbit boleh burukkan lagi jerawat?

ANCAMAN… Jika ada isu ‘serangan’ jerawat, kebanyakan kita dengan mudah akan salahkan ‘kulit tidak bagus’ sebagai puncanya atau mungkin tuding jari kepada diet dan faktor sekitaran.

Namun pakar kosmetik di London, Dr. Yannis Alexandrides, dalam laporan Daily Mail, percaya bahagian wajah yang ‘diserang’ jerawat mungkin dapat menjelaskan punca sebenar masalah itu.

Jika anda alami masalah jerawat di bahagian bawah pipi atau dagu, ia mungkin disebabkan oleh cara penggunaan telefon bimbit yang membuatkan bakteria mudah merebak ke seluruh wajah.

Walaupun gajet pintar tersebut kelihatan bersih, ia sebenarnya boleh mengandungi banyak bakteria yang tanpa disedari boleh merosakkan permukaan kulit pada tubuh manusia.

Justeru, anda yang mempunyai masalah jerawat perlu ambil perhatian perkara ini terutama ubah cara pegang telefon bimbit dengan sering jarakkan sedikit atau bersihkan kawasan sentuhan.

Bagaimanapun, jika masalah jerawat putih atau disebut whiteheads muncul di beberapa bahagian wajah pula, ini berpunca akibat faktor sekitaran, diet dan ketidakseimbangan bakteria.

Oleh itu, anda haruslah segera membersihkan dan menggunakan bahan pencuci yang boleh mengelupaskan kawasan permukaan kulit yang lazimnya berfungsi untuk memerangkap debu.

Malah anda dinasihati menggunakan kain pembersih wajah yang suam agar ia dapat membuka pori-pori kulit dan juga pencuci yang sesuai dengan kulit untuk menghilangkan bintik hitam.

Dr. Yannis Alexandrides.

Selain itu, Alexandrides menambah, amalkan guna ejen pengelupasan berasaskan asid untuk singkirkan sel kulit mati secara lembut dan bantu dalam pembersihan pori-pori yang tersumbat.

Bahkan ujar beliau lagi, muka hendaklah sering dibersihkan lebih daripada sekali setiap hari bagi memastikan wajah anda sentiasa bersih sebagai mana dilakukan umat Islam ketika berwuduk.

Bersihkan muka pada waktu pagi untuk buang sebum terkumpul semalaman di muka ketika tidur dan bersihkan sekali lagi pada sebelah petang untuk hilangkan debu terbentuk sepanjang hari.

Menurut Alexandrides lagi, sebarang solekan pada wajah hendaklah dibersihkan sebaik tiba di rumah kerana semakin lama dibiarkan, maka semakin lama kotoran melekat pada wajah.

Situasi tersebut jelas beliau, sekiranya sengaja dibiarkan begitu lama boleh menyebabkan kulit wajah menjadi lebih bermasalah dan semakin sukar untuk dirawat kelak.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.