Dua guru liwat pelajar di Aceh boleh disebat

0
29
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

DUA guru agama di Aceh dikenali sebagai AL dan MG, berusia 46 dan 26 tahun ditahan polis kerana disyaki melakukan serangan seksual melibatkan puluhan pelajar lelaki berusia antara 14 hingga 15 tahun.

Kedua-duanya yang merupakan ahli lembaga pengelola pesantren (sekolah pondok) AN didakwa terlibat dalam seks oral dan juga melakukan liwat.

Menurut Ketua Polis Lhokseumawe, Ari Lasto Irawan, perlakuan durjana mereka terbongkar apabila seorang bapa mangsa membuat laporan polis.

Katanya,  setakat ini,  15 pelajar yang menjadi mangsa sudah dikenal pasti dan jumlah sebenar dijangka bertambah apabila siasatan selesai dijalankan.

Menurut Ari Lasto dalam sidang medianya semalam, kedua-duanya akan dituduh di bawah  Kanun Hukum Jenayah yang membawa kepada hukuman 90 kali sebatan di depan awam atau denda paling sebanyak 900 gram emas tulen  atau penjara 90 bulan.

Sementara itu pentadbir daerah mengarahkan pesantren AN  ditutup sementara.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here