JPN nafi terbabit Projek IC 2.0

0
40

KUALA LUMPUR — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan sekeras-kerasnya pembabitannya dalam Projek Kad Pengenalan (IC) 2.0 di Sabah seperti ditularkan pihak tidak bertanggungjawab di media sosial, baru-baru ini.

Menurut kenyataan JPN, resit urusan pendaftaran kad pengenalan yang disebarkan adalah bukan resit rasmi yang dikeluarkan dan digunakan oleh JPN bagi urusan pendaftaran IC.

“Ingin ditegaskan bahawa JPN tidak pernah melantik mana-mana agen atau orang perseorangan untuk mewakili JPN dalam apa-apa urusan. Semua resit rasmi jabatan ini hanya dikeluarkan kepada pelanggan yang mempunyai urusan di kaunter pejabat JPN dan tidak diedarkan kepada orang ramai dengan sewenang-wenangnya.

“JPN juga memandang serius isu ini yang telah berlarutan sejak beberapa bulan lalu dengan menjalankan siasatan lanjut terhadap perkara terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Berikutan itu, JPN meminta orang ramai tidak mempercayai dan menyebarkan maklumat palsu berkenaan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan gangguan ketenteraman awam.

Orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai sebarang urusan dinasihatkan untuk pergi ke mana-mana pejabat JPN atau melayari laman web rasmi JPN di url www.jpn.gov.my atau menghubungi Unit Komunikasi Korporat, JPN ditalian 03-8880 7077/7067/7069/8206 atau emel ke [email protected].

-Berita Harian
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here