Letak kereta sesuka hati, didenda 30 kali latih tubi

0
23
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

PENGGUNA jalan raya di Jakarta Selatan baru-baru ini dikenakan hukuman latih tubi atau ‘push-up’ sebanyak 30 kali atas kesalahan tidak meletakkan kenderaan mereka mengikut peraturan.

Pesalah-pesalah itu melibatkan puluhan penunggang motosikal, pemandu van awam dan bas mini.

Menurut pihak berkuasa, tindakan itu dilakukan dalam operasi bersepadu melibatkan polis dan tentera bertujuan mengurangkan kesalahan meletak kenderaan yang semakin menjadi-jadi di Jakarta.

Operasi ini berkenaan juga bakal dilaksanakan di beberapa daerah lain di Jakarta dalam waktu terdekat.

Pengenaan denda latih tubi dilihat lebih berkesan berbanding denda membayar wang yang digunakan sebelum ini. Ini kerana pesalah malu untuk menerima hukuman sedemikian.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here