Sajak Terbuka Kepada Tun Mahathir

DARI dulu saya kagum dengan kehebatan Tun M. Sekarang pun begitu juga.

Saya melihat beliau sedang mencuba sedaya upaya untuk membawa kesejahteraan kepada negara dengan menggunakan kebijaksanaan dan pengalaman yang tersangat luas, yang jarang ada pada pemimpin lain.

Di dalam suasana sekarang ini, saya faham dan mengerti betapa sukarnya tugas beliau. Di dalam PH sendiri pun ramai ahli-ahlinya tidak sekata.

Maka Tun mestilah membuka minda untuk melihat dan mendengar pendapat dari kalangan-kalangan orang-orang yang bersifat baik.

Tun kata dia mahukan orang-orang yang tidak korup,yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab, iaitu orang-orang yang berakhlak mulia dan tidak mempunyai kepentingan diri semata-mata.

Yang utama sekali, Tun hendaklah membawa ke dalam pasukannya orang-orang yang bersih dan tidak pernah korup. Memang ramai orang yang bersifat begini. Tun hanya perlu mencarinya. Kadang-kadang sebahagian daripada orang ini menawarkan diri mereka untuk membantu, tetapi apakah tawaran daripada orang-orang seperti ini pernah sampai kepada Tun.

Saya kira, Tun akan lebih berjaya sekiranya dia memandang ke arah orang-orang yang setia kepadanya, dan tidak pernah ada rekod buruk, terutamanya korupsi.

Elok Tun imbas kembali kepada penyokong-penyokong Tun yang berhabisan berkorban bersetia mendokong Tun ketika pilihanraya ke 14 dulu.

Janganlah pula Tun marah kepada saya yang tua ini kerana tulisan ini.

Pada tahun 2001, saya pernah menulis sebuah sajak mengenai diri Tun Mahathir. Pada waktu itu, Tun masih menjadi Perdana Menteri Malaysia :

Orang Tua Itu

Orang tua itu /
sudah amat berusia. /
Dalam kebimbangan, dia meneroka /
dalam himpitan, dia bersuara /
dalam keletihan, dia mara /

Anak muda mengutuk dia /
kata mereka dia tua tandus daya /
berbuat sesuka dan gila kuasa /
Ada yang kata dia diktator /

Dia tidak peduli kata itu /
Dia punyai secangkir penawar : /
buat mereda kebimbangan /
buat menyanggah himpitan /
buat mengubati kesakitan /
Kerana dia punya usia /
terjaga sejak remaja /
kerana dia melewati remaja /
serba terduga /

Pengalaman mengajar dia.

1 September 2001

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here