Shahrul kekal terajui KRM

0
118
SHAHRUL Zaman Yahya (empat dari kanan) berganding tangan dengan pucuk pimpinan Kesatuan Ragbi Malaysia penggal 2019-2022 selepas memenangi pemilihan di Wisma MOM, Kuala Lumpur hari ini./Foto:KRM.

 

Oleh KAKI BANGKU

 

DATUK Shahrul Zaman Yahya kekal menyandang Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) setelah menewaskan pencabar, Tan Sri Abd. Halim Karim dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) pemilihan pucuk pimpinan bagi penggal 2019-2022 hari ini.

Shahrul memenangi persaingan satu lawan satu di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kuala Lumpur ini dengan beroleh majoriti tipis lima undi iaitu 24 berbalas 19 undi milik lawan yang juga Presiden Kesatuan Ragbi Kedah.

Beliau mula menerajui KRM sejak penggal 2016-2019 dengan menewaskan penyandang, Datuk Wira Amiruddin Embi 19 berbalas 17 undi di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada 4 Jun 2016.

Pengurus pasukan 15 sebelah negara, Amir Amri Mohamad pula dipilih sebagai Timbalan Presiden baharu KRM apabila memenangi satu lagi pertembungan satu lawan satu dengan bekas Bendahari Kehormat, Datuk Tamunif Mokhtar, 26 berbalas 17 undi.

ABD. Halim Karim (kiri) tewas dengan perbezaan lima undi kepada Presiden KRM, Shahrul Zaman Yahya, 19-24 undi./Foto:KRM.

 

Timbalan Presiden KRM terdahulu, Velayuthan Tan dari Sabah tidak dicalonkan semula dalam pemilihan ini setelah tarikh pencalonan oleh 18 ahli gabungan KRM ditutup dua bulan lalu.

Empat puluh tiga pengundi yang layak menjalankan tanggungjawab memilih pucuk pimpinan baharu berdasarkan senarai pendaftaran mereka yang ditutup 8 Julai lalu, antaranya dua perwakilan daripada setiap satu daripada 18 ahli gabungan KRM.

Pemilihan ini turut menyaksikan kemunculan dua Naib Presiden baharu KRM, Mohamad Fahmy Abd. Jalil dan Mohd. Zaki Shahran yang masing-masing beroleh 37 dan 27 undi sekali gus menyingkirkan penyandang, Raimi Mohd. Yusof yang meraih 21 undi.

Fahmy sebelum ini merupakan Pengarah Pertandingan KRM dan masih menyandang Presiden Kelab Ragbi NS Wanderers selain Komisioner Perlawanan Ragbi Dunia manakala Zaki juga ialah Presiden Kesatuan Ragbi Putrajaya.

Empat Ahli Majlis KRM penggal 2019-2022 memenangi persaingan 10 calon iaitu bekas ketua jurulatih negara, Lee Nyuk Fah dengan undi tertinggi, 31 diikuti Dr. Ahmad Naim Ismail (24 undi) yang masing-masing berjaya mempertahankannya.

Muka baharu yang menyandang jawatan ini ialah Mohd. Khairulnizam Mohd. Isa yang memperoleh 22 undi dan Ahmad Effendy Abdul Razak, 21 undi.

SENARAI PRESIDEN KRM
(* Sejak 1989 sahaja)

1989 – 1998 : Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan
1998 – 2002: Datuk Tala’at Husain
2002 – 2004: Ab. Jalil Borhanuddin
2004 – 2007: Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail
2007 – 2010: Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah
2010 – 2016: Datuk Wira Amiruddin Embi
2016 – kini: Datuk Shahrul Zaman Yahya

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here