Geramm kecam tindakan usir wartawan bukan Melayu

Menurut Geramm tindakan itu bukan sahaja menyekat kebebasan media, malah merupakan salah satu bentuk diskriminasi kaum.

Geramm kecam tindakan usir wartawan bukan Melayu

GERAKAN Media Merdeka (Geramm) mengecam tindakan mengusir wartawan bukan Melayu daripada membuat liputan mesyuarat Umno bahagian Lembah Pantai hari ini.

Menurut Geramm pihaknya difahamkan pengacara majlis meminta wartawan dan jurugambar bukan Melayu meninggalkan majlis sejurus sebelum acara bermula pada kira-kira jam 2 petang di Rumah Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM) di Petaling Jaya.

“Geramm menerima aduan terdapat #kawangeramm dari kalangan bukan Melayu, dipercayai wakil akhbar vernakular, yang telah diminta keluar dari membuat liputan mesyuarat Umno Bahagian Lembah Pantai hari ini.

“Difahamkan arahan tersebut dikeluarkan dengan alasan bahawa acara tersebut merupakan persidangan orang Melayu dan hanya orang Melayu sahaja dibenarkan untuk membuat liputan perasmian mesyuarat oleh Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Geramm tindakan itu bukan sahaja menyekat kebebasan media, malah merupakan salah satu bentuk diskriminasi kaum.

Geramm turut menolak sebarang bentuk sekatan ke atas media, melainkan dengan alasan munasabah seperti faktor keselamatan.

“Semua media tanpa mengira latar-belakang bahasa mempunyai hak yang sama untuk mendapat akses kepada sumber-sumber berita.

“Geramm sekali lagi menggesa semua pihak untuk menghormati hak kebebasan media, serta bagi #kawangeramm untuk terus bersolidariti ke arah penubuhan Majlis Media Malaysia,” katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi daripada pemimpin Umno Lembah Pantai.

https://www.malaysiakini.com/news/483745
Please follow and like us:
error

One Response to "Geramm kecam tindakan usir wartawan bukan Melayu"

  1. basodia  14/07/2019 at 7:24 pm

    itu lah buktinya. umno parti perkauman. masih tak percaye lagi kah. dia layak dengan pas sahaja.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.