[VIDEO] Banjir kilat di Genting Highlands

0
240
BANJIR lumpur yang melanda Awana Skyway di Genting Highland hari ini. NSTP/EMAIL

 

INI adalah kejadian banjir lumpur pertama kali pernah dilihat. Ia umpama ‘teh tarik’ yang mengalir di jalanan,” kata penyelia sebuah butik terkemuka di Genting Highlands, yang hanya mahu dikenali sebagai Ikmal, 30.

Katanya, hujan lebat berlaku jam 3 petang menyebabkan kawasan sekitar Awana Skyway ditutup kepada orang ramai dan ‘lumpuh’ selama dua jam.

“Melihat keadaan air, mulanya agak cemas namun keadaan kembali reda selepas hujan berhenti kira-kira jam 5.30 petang dan pulih seperti sedia kala kira-kira jam 6.30 petang.

“Awana Skyway juga sudah dibuka kepada orang ramai seperti biasa. Tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hari ini viral di media sosial apabila seorang pengguna Twitter yang juga pekerja sebuah butik terkenal di pusat peranginan itu merakam keadaan banjir lumpur melanda lokasi tumpuan pelancong itu.

Video berdurasi 19 saat juga menunjukkan aktiviti pengunjung pusat peranginan itu tergendala termasuk pemandu terpaksa memberhentikan kereta bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands ketika dihubungi memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecemasan mengenai kejadian itu.

NSTP
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here