6 termasuk Haziq direman berhubung siasatan video seks gay

0
77

KUALA LUMPUR — Polis hari ini menerima arahan reman 6 individu termasuk bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Aziz, selepas mereka ditahan semalam tadi berhubung siasatan video seks gay yang disasarkan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Portal berita FMT yang melaporkan berita ini difahamkan mereka disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia kerana mengedar dan memiliki bahan pornografi.

Semua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret di Jalan Duta dan akan menghabiskan 6 enam hari berikutnya dalam tahanan polis.

Difahamkan salah seorang daripada mereka adalah pemimpin bahagian PKR di Selangor.

Ketika dihubungi, seorang pegawai Bukit Aman yang rapat dengan siasatan itu enggan mengulas lanjut.

http://bit.do/eZWTb
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here