Kenali ploonet, bulan yang ‘enggan’ akui bulan tapi mahu jadi planet

0
58

PELIK… Anda pasti sudah kenal dengan planet dan bulan. Namun, bagaimana dengan ploonet, iaitu hasil gabungan daripada kedua-duanya ekoran bulan bertindak mahu jadi seperti planet?

Itulah cuba dirumuskan sekumpulan pakar astronomi dari Australia dan Colombia apabila mereka baru sahaja perkenal istilah ploonet, hipotesis objek yang kawal hidupnya sebagai bulan.

Anehnya, ia pada mula dikesan seperti kelaziman mengorbit keliling sebuah planet raksasa, tetapi kemudian keluar pula dari landasan orbit tersebut untuk tukar jadi sebuah planet sendiri.

Walaupun kedengaran agak pelik, kemungkinan besar ploonet merupakan jawapan daripada misteri yang sekian lama telah menyebabkan ramai pengkaji astronomi bingung fikir selama ini.

Apa tidaknya, penyelidik angkasa setakat ini telah berhasil temui 4,000 exoplanet atau planet di luar sistem suria, tetapi belum ada exomoon atau bulan di luar yang dikesan secara langsung.

Walhal, apabila dilihat susun atur galaksi kita sendiri sebagai perbandingan, seharusnya ada banyak exoplanet yang memiliki bulannya sendiri dan berfungsi sebagai satelit semula jadi.

Justeru untuk cari jawapan teka-teki inilah, ramai saintis astronomi pun buat sebuah permodelan exomoon yang mengorbit di sekitar planet Jupiter atau dalam istilah Melayu iaitu Musytari.

Ramai maklum, planet panas ini merupakan exoplanet yang paling umum. Ia planet kelima dari matahari dengan jarak 778 juta kilometer dan planet paling besar dalam sistem Bima Sakti.

Musytari dengan suhu permukaan 50 darjah Celsius dan ambil masa 11 hari untuk buat satu putaran lengkap serta 11 tahun 9 bulan untuk mengorbit matahari, turut dikelilingi oleh 16 bulan.

Penyelidik cuba cipta gas bersaiz raksasa ala Musytari. Permodelan itu menunjukkan bahawa exomoon berukuran besar di sekitar planet ini boleh melepaskan dirinya dari graviti planet induk.

Setelah terlepas, sebahagian bulan baharu itu cuba kawal planet induk manakala sesetengah yang lainnya didapati bergerak sendiri sebagai embrio planet atau cuba jadi sebuah planet lain.

Fenomena alamiah Inilah yang disebut sebagai ploonet. Jaime Alvarado-Montes, salah seorang saintis berkata bahawa ploonet mungkin miliki laluan orbit dirinya sendiri yang bukan biasa.

Malangnya, ploonet tidak berumur panjang. Penyelidik jangka bahawa mereka sudah hancur beberapa ratus juta tahun dahulu setelah terlepas bebas daripada landasan orbit planet induk.

Mungkin itulah sebabnya, ia sukar ditemui kini dan apa dikesan saintis hari ini sebenarnya ploonet yang telah lama musnah ratusan juta tahun sebelum sisa cahayanya sampai di bumi.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here