Tiga mahasiswa Indonesia cipta smart belts penumpang kapal terbang

Tiga mahasiswa Indonesia cipta smart belts penumpang kapal terbang
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

TIGA mahasiswa Fakulti Teknik (FTUI) Universiti Indonesia telah mencipta tali pinggang keselamatan pintar (Smart-Belts) kegunaan penumpang pesawat terbang bagi meningkatkan tahap keselamatan mereka.

Alat ini dihasilkan selepas terdapat pelbagai insiden kemalangan pesawat di Indonesia yang menyebabkan berlaku banyak kematian.

“Ini adalah salah satu cabaran yang ingin dicari penyelesaiannya,” kata pensyarah Jabatan Teknik Mesin FTUI yang juga pembimbing tiga mahasiswa FTUI, Mohammad Aditya dalam kenyataan bertulisnya di Depok, Bogor, semalam (15 Julai).

Ketiga-tiga mahasiswa FTUI, ialah Harrison Alim, Ilya Adzani, dan Nicholas.

Smart-belts menggunakan teknologi Internet of Things (IoT) yang mampu mengenalpasti lokasi dan identiti penumpang serta parameter lainnya jika mereka tidak mampu untuk menyelamatkan diri atau pergi ke pasukan penyelamat.

Menurut ketua pasukannya Harrison, Smart-Belts menggunakan teknologi IoT bertujuan membantu para petugas penyelamat menyelamatkan penumpang dalam pesawat yang mengalami kemalangan.

“Ketika ini, IoT sudah diterapkan dalam pelbagai aplikasi rumah tetapi belum digunakan dalam meningkatkan keselamatan penerbangan,” jelasnya.
Smart-Belts yang dicipta dan dipasang disetiap kerusi penumpang pesawat mempunyai pelbagai sensor.

Jika penumpang duduk di atas kerusi itu, sistemnya menjadi aktif dan akan mengenalpasti lokasi atau keberadaan penumpang, posisi meja makan, dan kondisi duduk penumpang setiap 30 saat.

Ketika ini, prototaip Smart-belts yang dihasilkan oleh ketiga-tiga mahasiswa akan dibentangkan di hadapan para juri Program Kreativiti Mahasiswa UI 2019.

BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.