Tokoh gay England hiasi muka depan mata wang £50

2
89

IKTIRAF… Bank of England mengumumkan muka depan mata wang pecahan £50 bakal dihiasi gambar seorang ilmuwan gay yang berperanan besar ketika Perang Dunia Kedua, Alan Turing.

Pemilihan beliau itu menyingkirkan 227,200 orang calon lain yang dipertimbang untuk menghiasi denominasi mata wang pound sterling baharu yang setara dengan nilai RM257 ketika ini.

Dalam kenyataan Bank Pusat England dipetik portal berita majalah Newsweek semalam, Turing dipilih sebagai tanda pengiktirafan sumbangan mendiang terhadap masyarakat negara tersebut.

Jasa besar beliau ketika perang amat dihargai walaupun prestasinya dibayangi penentangan pihak kerajaan Britain secara terbuka terhadap golongan lelaki homoseksual.

Gabenor Bank of England, Mark Carney dalam sidang akhbar di London menyatakan bahawa pencapaian hebat Turing memberikan kesan sangat besar terhadap masyarakat Inggeris hari ini.

“Sebagai bapa ilmu komputer moden dan kecerdasan buatan, selain juga pahlawan Perang Dunia Kedua, sumbangan Turing benar-benar telah melampaui segala-galanya,” ujar beliau.

Tokoh ilmuwan yang meninggal dunia pada 7 Jun 1954 itu berjaya menyelamatkan banyak nyawa ketika mesin diciptakannya dapat memecahkan enigma atau mesin kod Nazi Jerman.

Namun, ketika itu kejayaannya seolah-olah ditutup rapat oleh pemerintah ekoran undang-undang tegas kerajaan Britain era Victoria yang begitu keras menentang amalan songsang sesama lelaki.

Turing dikenakan hukuman atas kesalahan amal perbuatan tidak senonoh setelah hubungannya dengan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun bernama Arnold Murray terbongkar pada tahun 1952.

Ketika itu, beliau bertugas di Universiti Manchester dan bantu markas komunikasi induk kerajaan England, sekali gus menyebabkan status elit dirinya dilucut susulan pengakuannya sebagai gay.

Bagaimanapun demi hindari hukuman penjara, dia setuju jalani proes kembiri secara kimia tetapi dia ditemui maut akibat pengambilan berlebihan racun jenis sianida dua tahun kemudiannya.

Perdana Menteri Britain, Gordon Brown pada tahun 2009 pernah menawarkan permintaan maaf secara umum kepada mendiang Turing yang diikuti pengampunan rasmi pihak kerajaan pada tahun  2013.

Pengiktirafan kerja Turing juga diwartakan setelah pihak berkuasa perkenalkan peraturan yang memaafkan setiap gay akibat disabitkan kesalahan akibat perbuatan tidak senonoh pada tahun 2016.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

2 COMMENTS

  1. pengarang sudah gila ke apa nih? alan turing diabadikan dalam duit kerta situ sbb krn jasa beliau dan bkn kerana mereka iktiraf org gay di sanalah. Beliau berjasa dlm usaha selamat kan England dan europe dgn cara pecah code Hitler. Bebasnews jgnlah pandai2 spin laporan tidak bertanggung jawp!!!

    • Mohon pembaca membaca dengan teliti, Bebasnews hanya melaporkan hasil laporan luar negara. Berdasarkan laporan itu memang Alan Turing mempunyai jasanya yang besar tetapi pada masa yang sama, dia juga mempunyai kecenderungan seks yang di luar kebiasaan. Turing kini diktiraf kerana UK sudah mengubah pandangannya terhadap golongan gay. Dakwaan ini BUKAN dibuat oleh Bebasnews. – Pengarang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here