Bersiul kepada wanita jadi kesalahan baharu di Filipina

0
63

ANEH… Presiden Filipina, Datuk Rodrigo Duterte memang terkenal dengan tindakan aneh sehingga pernah cetus kontroversi di negaranya kerana dianggap agak kejam dan janggal.

Malah, beliau pada awal pentadbirannya pada tahun 2016 pernah dikecam pelbagai badan hak asasi antarabangsa kerana arah polis tembak mati pengedar dadah berbanding tahan penjenayah itu.

Terkini, Duterte, 74, yang baru terima Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor dengan gelaran Datuk, buat gempar lagi.

Media tempatan melaporkan beliau menandatangani rang undang-undang yang menjadikan pelbagai aksi gangguan seksual ke atas wanita termasuk bersiul dan membuat jenaka seksual.

Ia secara rasmi boleh dianggap kesalahan jenayah dari segi undang-undang. Dokumen Akta Republik 11313 atau dikenali Akta Ruang Selamat, dikeluarkan kepada media pada Isnin lalu.

Menurut agensi berita Xinhua China, undang-undang baharu itu mendefinisikan pelbagai aksi berbaur penghinaan, termasuk bersiul dan renungan tajam mata yang ganggu perhatian wanita.

Selain itu, perbuatan berunsur kutukan, aksi misoginistik iaitu prasangka diskriminasi gender, maki hamun dan sengaja buat jenaka seksual di khalayak umum atau secara dalam talian (online).

Hukuman yang boleh dikenakan jika sabit kesalahan di mahkamah termasuk denda sehingga 500,000 pesos (RM40,283) dan penjara bergantung kepada tahap kesalahan berkenaan.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here