Dua pemegang akaun YouTube didakwa cemar nama baik Garuda

Dua pemegang akaun YouTube didakwa cemar nama baik Garuda
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

PT  GARUDA Indonesia (Garuda) membuat laporan polis terhadap dua pemegang akaun YouTube dikenali sebagai Rius Vernandes dan Elwiyana Monica kerana didakwa mencemar nama baik syarikat penerbangan itu.

Laporan polis dibuat kerana kedua-duanya menyiarkan gambar senarai menu kelas bisnes yang ditulis pada Instastory akaun Instagram @rius.vernandes, baru-baru ini.

Ketua Polis Lapangan Terbang Soekarno Hatta,  Victor Togi Tambunan mengesahkan Garuda telah membuat laporan polis dalam kenyataan ringkas kepada agensi berita Indonesia, ANTARA.

Sebelum ini, menu tulisan tangan yang didakwa digunakan dalam penerbangan kelas bisnes Garuda Indonesia laluan Sydney-Denpasar, telah tular di media sosial.

Menu itu dikatakan disiarkan oleh akaun Instagram milik Rius Vernandes sebelum disebar oleh media sosial lain.

“Menu yang dibagi tadi di Business Class @garuda.indonesia dari Sydney-Denpasar. Menunya masih dalam proses percetakan Pak,” tulis akaun @rius.vernandes.

Berikutan penularan menu bertulis tangan, pihak Garuda Indonesia turut memberikan penjelasan melalui akaun Twitter mereka @IndonesiaGaruda.

“Ini bukan menu penumpang tetapi catatan peribadi petugas kabin yang tidak sepatutnya disebarluaskan. Terima kasih,” tulis akaun @IndonesiaGaruda  Sabtu, 13 Julai lalu.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.