Jangan perkecilkan ‘kebesaran’ bola sepak

0
23
Gambar: fotoBERNAMA

 

DALAM kongres tahunan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini telah dibawa usul untuk mewujudkan pencalonan minimum dalam pemilihan kepemimpinan pertubuhan itu.

Dalam sekelip mata sahaja tanpa bahas usul berkenaan lulus. Ia akan dikemukakan kepada Pesuruhjaya Sukan untuk pindaan perlembagaan FAM.

Bagi pemilihan pegawai akan datang, jawatan-jawatan yang dipertandingkan memerlukan pencalonan minimum. Bagi presiden ia memerlukan sekurang-kurangnya enam pencalonan, timbalannya lima manakala naib presiden empat. Bagi anggota majlis eksekutif, ia memerlukan paling kurang dua pencalonan. Kongres untuk memilih anggota majlis FAM diadakan empat tahun sekali.

Sekali tengok semacam sahaja. Seperti pemilihan partai politik pula. Siapa di belakang perancangan ini?

Usul berkenaan dikemukakan oleh majlis eksekutif FAM sendiri. Ada kemungkinan perancangan baharu ini boleh menyenangkan proses pemilihan dan memberi laluan mudah agar tidak ramai yang bersaing. Seperti kata rakan penulis SS Dhaliwal dalam tulisannya, proses ini akan dapat mengehadkan penyertaan ramai individu bagi berentap memburu jawatan. Sememangnya ada kebenaran.

Dengan hanya 20 gabungan, berapa sangat yang boleh melakukan pencalonan terutama sekali bagi jawatan naib presiden yang memerlukan empat sokongan.

Lebih-lebih lagi jawatan ahli majlis eksekutif. Jelas sekali penguasaan dalam sesi pemilihan dapatlah dipantau pihak yang berkepentingan.

Perkembangan sukan di Malaysia memerlukan khidmat mereka yang benar-benar dinamik. Hebat dalam banyak segi. Mereka yang berada dalam majlis juga perlu bersepakat dalam menggerakkan kecemerlangan.

Apakah dengan penyusunan corak pemilihan sebegini dapat membawa kebaikan atau memantapkan barisan popular di kalangan rakan-rakan sendiri sahaja?

Kalaulah tidak dapat memberikan manfaat secara umum dan keseluruhan warga bola sepak; apa kata rehatkan sahaja perancangan ini. Sukan kita adalah untuk semua.

Bola sepak merupakan sukan popular dan besar di Malaysia. Janganlah diperkecilkannya hanya dengan pindaan seperti ini.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here