Kampung orang nyanyuk diwujudkan di Singapura

Kampung orang nyanyuk diwujudkan di Singapura

PULIH… Sebidang tapak dengan tempoh pegangan pajakan 30 tahun dekat Sembawang Park ditawarkan untuk konsep perintis perumahan penjagaan masyarakat untuk pesakit nyanyuk.

Lokasi di Gibraltar Crescent itu akan direka bentuk khas untuk sekitaran selamat dan seperti rumah dengan penghuninya dibantu hidup secara berdikari, lapor stesen Channel NewsAsia.

Menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan media, kampung itu khusus untuk pemulihan pesakit demensia.

Apabila sudah siap dibina, ia bakal menawarkan perkhidmatan dan program dipilih khas untuk galak penyertaan serta pergaulan sosial antara para penduduk penghidap penyakit lupa kronik.

“Sebagai pilihan perumahan khas bagi individu yang alami demensia pada peringkat berbeza, projek perintis ini melengkapi khidmat jagaan di rumah,” menurut kenyataan URA dan MOH itu.

“Kami berharap projek perintis ini dapat memberikan pencerahan kepada permintaan pasaran bagi kemudahan sebegini dan keperluan masyarakat bagi golongan yang mengalami demensia.”

Ia diharap akan dapat bantu pembangunan model penjagaan demensia yang sesuai pada masa hadapan. Tapak itu terdiri daripada sekelompok 10 banglo masing-masing ada ukuran tertentu.

Sekurang-kurangnya 60 peratus daripada keluasan kasar lantai mesti digunakan bagi kediaman manakala baki 40 peratus boleh dijadikan untuk khidmat penjagaan kesihatan dan perubatan.

Ia turut meliputi kedai dan restoran atau sebarang kemudahan tambahan institusi. Namun apartmen servis, hostel dan rumah pengurusan mayat tidak dibenarkan dibina di tapak tersebut.

Dianggarkan kira-kira 40 peratus daripada 5.5 juta penduduk Singapura merupakan golonganb! warga emas dan republik itu dianggap antara negara paling ramai orang tua yang nyanyuk.

BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.