Kerajaan Kelantan tiada maklumat perceraian Sultan Kelantan

0
67
Gambar: STR/NIK ABDULLAH NIK OMAR.

 

KOTA BHARU — Kerajaan Negeri Kelantan tiada maklumat rasmi berhubung perceraian Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dengan pasangannya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, setakat ini kerajaan negeri tidak ada maklumat dan ia perlu dirujuk kepada pihak istana.

Katanya, perkara itu perlu dirujuk kepada pihak berwajib atau pengelola istana yang mempunyai kapasiti untuk memberi kenyataan kerana beliau sendiri juga mengetahui berita itu menerusi akhbar dan media sosial.

“Apa tujuan sebuah akhbar hari ini menyiarkan berita perceraian (Sultan Kelantan dengan pasangan) di muka hadapan kerana perkahwinan dan perceraian ini adalah perkara biasa dalam hidup.

“Sultan ini kita kena hormat macam kita hormat ibu bapa kita juga. Penghormatan itu mesti ada.

“Kita bimbang (berita perceraian) itu ada agenda tersembunyi. Kalau ada pelanggaran boleh diambil tindakan,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, penyebaran maklumat di media sosial berhubung perceraian itu tidak boleh disekat kerana ia dilakukan oleh individu.

Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan akhbar dan media sosial berhubung dakwaan perceraian di antara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dengan seorang wanita.

Akhbar hari ini melaporkan, Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata, tiada sesiapa boleh digelar Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau ‘Queen of Kelantan’ tanpa sebarang pengumuman rasmi daripada Istana Kelantan.

Katanya, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra pula adalah Mahkota Kelantan, manakala bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid digelar Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis.

Sementara itu, sumber istana berkata, kenyataan itu dikeluarkan susulan komen dan status daripada rakyat di media sosial termasuk Facebook dan Instagram yang menggunakan gelaran Permaisuri Kelantan, ‘Queen of Kelantan’ daan Cik Puan Mahkota terhadap seorang wanita yang dikatakan isteri kepada Sultan Kelantan.

Menerusi satu akaun Instagram yang menggunakan nama Rihanapetra, wanita berkenaan mendakwa isteri kepda Sultan Muhammad V, malah wanita berkenaan juga memaklumkan anak lelakinya diberi nama Ismail Leon sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan bakal menjadi Raja Kelantan.

-Harian Metro
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here