75 peratus dana Tabung Harapan digunakan bayar hutang 1MDB – PSC

Wang Tabung Harapan dimasukkan ke dalam simpanan tetap yang diuruskan oleh Jabatan Perakaunan Negara, yang menjana faedah sebanyak RM575,342 - menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM203.29 juta.

75 peratus dana Tabung Harapan digunakan bayar hutang 1MDB – PSC

HAMPIR tiga suku atau 75 peratus daripada dana Tabung Harapan Malaysia digunakan untuk membayar sebahagian daripada hutang 1MDB.

Kementerian Kewangan menggunakan RM143.75 juta untuk membayar kupon sukuk 1MDB pada 24 Mei tahun ini, seperti yang didedahkan dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai hutang dan liabiliti kerajaan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Februari lalu mengumumkan bahawa Tabung Harapan telah mengutip RM202.72 juta sebelum ia ditutup secara rasmi pada 14 Jan, 2019.

Wang itu kemudiannya dimasukkan ke dalam simpanan tetap yang diuruskan oleh Jabatan Perakaunan Negara, yang menjana faedah sebanyak RM575,342 – menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM203.29 juta.

Tabung Harapan ditubuhkan oleh kerajaan pada 30 Mei 2018, bagi rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada usaha mengurangkan hutang negara.

Tabung itu ditubuhkan selepas ramai yang meluahkan hasrat untuk menderma bagi membantu selepas kerajaan Pakatan Harapan mendedahkan bahawa hutang negara berjumlah lebih RM1 trilion.

Laporan PSC juga mengesahkan bahawa hutang dan liabiliti kerajaan telah melepasi RM1 trilion.

http://bit.do/e2cYb
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.