Apple, Google rai Hari Emoji Sedunia dengan 124 imej baharu

0
79

UNIK… Amalan hantar mesej tidak lama lagi akan lebih seronok dan paling penting, inklusif. Ini kerana Apple dan Google bakal keluarkan 124 emoji baharu dalam beberapa bulan akan datang.

Demikian diumumkan oleh gergasi teknologi global tersebut yang berpusat di Amerika Syarikat menerusi satu kenyataan bersama pada 17 Julai sempena sambutan Hari Emoji Sedunia.

Apple akan miliki tambahan sebanyak 59 lagi emoji dengan kemas kini perisian seterusnya pada September atau Oktober manakala Google pula bakal tawar 65 reka bentuk emoji baharu.

Ia dijangka dilakukan firma tersebut apabila model Android Q dikeluarkan untuk pasaran seluruh dunia menjelang hujung September nanti, lapor portal berita TODAY di Singapura hari ini.

Dengan banyak pilihan emoji baharu, pengguna Android boleh menjangkakan 71 gandingan pasangan pelbagai warna kulit serta reka bentuk yang tidak tertakluk kepada satu-satu jantina.

Begitu juga pengguna Apple yang boleh pilih 75 emoji gandingan pasangan dengan rona kulit unik hasil kemas kini perisian seterusnya bagi iPhone, iPad, komputer Mac dan Apple Watch.

Selain itu, emoji baru lain yang ditampilkan dalam kedua-dua iOS dan Android termasuk anjing pemandu, telinga dengan alat bantuan pendengaran, kerusi roda, tongkat dan lengan prostetik.

Bahkan, lebih banyak pilihan emoji akan disediakan untuk menunjukkan ekspresi wajah berbeza antaranya muka ketika menguap – serta emoji makanan termasuk wafel dan tiram.

Emoji itu berdasarkan watak dipersetujui dalam Unicode 12.0 dibangunkan Unicode Consortium – sebuah badan tidak raih keuntungan yang putuskan emoji baharu serta bila ia dikeluarkan.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here