Garuda larang, Air Asia galakkan bergambar dalam pesawat

Garuda larang, Air Asia galakkan bergambar dalam pesawat
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

KETIKA syarikat penerbangan Garuda mengenakan peraturan baharu melarang penumpang mengambil gambar dalam kabin pesawat, perkara sebaliknya pula dilakukan oleh syarikat penerbangan saingannya, AirAsia.

AirAsia telah menganjurkan pertandingan bergambar dalam pesawat dengan hadiah berupa penerbangan percuma ke Lombok atau Labuan Bajo.

CEO AirAsia, Dendy Kurniawan mengesahkan kepada Tempo bahawa pihaknya mengadakan pertandingan tersebut. Pertandingan ini merupakan salah satu bentuk promosi dari pihak pengurusan.

FOTO: Air Asia.

Pengurusan sebelum ini mengumumkan peraduan ini melalui akaun media sosial Facebook rasminya. Penumpang yang mahu mengikuti peraduan ini perlu mengikuti akaun Instagram AirAsia, iaitu @airasia_bhsindonesia atau Facebook AirAsia, iaitu @airasia.

Dalam gambar yang akan dimuat naik, penumpang diminta menyatakan tentang perjalanan dengan tema ‘bahagia versi masing-masing’. Gambar itu juga disertai #BahagiaBersamaAirAsia.

BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.