Video seks libatkan menteri tulen, proses pengecaman wajah negatif – KPN

Video seks libatkan menteri tulen, proses pengecaman wajah negatif – KPN

KUALA LUMPUR — Hasil analisis CyberSecurity Malaysia (CyberSecurity) terhadap video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri mendapati kebarangkalian video itu tulen  adalah tinggi, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata bagaimana pun Video seks libatkan menteri tulen, proses pengecaman wajah negatif – KPN

“Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia mendedahkan bahawa wujud pakatan jahat yang didalangi oleh seorang pemimpin sebuah parti politik bertujuan mengaib dan menjatuhkan reputasi individu tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Hamid berkata video itu disebar dengan tujuan membangkitkan kegusaran masyarakat dan ia dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit.

Baru-baru ini, media melaporkan terdapat klip video seks membabitkan dua lelaki, tular dalam media sosial dan pada 12 Jun, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku dirinya seorang daripada lelaki dalam video itu.

Setakat ini lapan orang termasuk Haziq Abdullah telah ditahan bagi membantu siasatan kes video itu.

— BERNAMA 

 

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.