Video seks: ‘Pakatan jahat, upah ratusan ribu ringgit’

0
193
Foto: NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

 

VIDEO yang didakwa melibatkan menteri ekonomi Azmin Ali dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit, kata ketua polis negara.

“Video yang disebarkan dengan tujuan membangkitkan kegusaran masyarakat tersebut, telah dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit,” kata Abdul Hamid Bador.

Dalam kenyataan petang ini, Hamid berkata siasatan mereka juga mendedahkan wujud “pakatan jahat” yang didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik.

Ia, katanya, bertujuan mengaibkan dan menjatuhkan individu tertentu.

Jun lalu, bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui bahawa dia adalah lelaki dalam video seks sejenis yang didakwa bersama Azmin.

Azmin menafikan dakwaan itu dan menganggapnya sebagai fitnah yang bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

http://bit.do/e2eGd
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here