[VIDEO] Taktik baharu tarik pelajar jadi mangsa

0
3
Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM

 

SEKALI tengok macam tidak ada apa-apa bahkan nampak elok sahaja bagi segelintir pelajar sekolah memakai jam tangan ala-ala pintar.

Namun hakikatnya, mereka sebenarnya sedang dalam proses merosakkan organ dalaman badan sendiri, jam tangan pintar itu hanya samaran, ia sebenarnya adalah vape!

Taktik licik itu mengelirukan ibu bapa dan pihak sekolah kerana vape tidak mengeluarkan aroma busuk seperti rokok tradisional, malah tidak juga meninggal kesan bau pada badan dan tangan.

Ini bermakna mereka boleh menghisap vape yang berasaskan cecair pada bila-bila masa, sama ada di rumah atau dalam bilik darjah, perpustakaan atau bilik guru tanpa langsung dapat dikesan oleh sesiapa.

Gajet berkenaan yang senang untuk dimiliki melalui pelbagai platform belian dalam talian juga dijual dengan harga murah, malah secara berkala turut diberikan pelbagai diskaun menarik.

Bukan setakat pelajar sekolah menengah, tetapi seperti menjadi kelaziman juga bagi pelajar sekolah rendah untuk memilikinya. Seolah-olah vape seperti menjadi satu gajet wajib milik, sama seperti kanak-kanak yang wajib mempunyai koleksi bey blade.

Kepada ibu bapa tolonglah jaga ‘tepi kain’ anak-anak anda. Memang bagus untuk berikan sepenuh kepercayaan kepada mereka sebagai proses untuk mematangkan tetapi perlu diingatkan bahawa modal insan itu masih lagi ‘belum masak’ sepenuhnya.

Jangan pula salahkan pihak sekolah kerana kononnya tidak pantau perbuatan anak-anak mereka. Dalam masa 24 jam, hanya beberapa jam sahaja anak-anak berada di sekolah, selebihnya?

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here