AS bimbang FaceApp jejaskan keselamatannya

AS bimbang FaceApp jejaskan keselamatannya

CEMAS… Sebilangan pemimpin politik Amerika Syarikat (AS) menggesa pihak berkuasa negara itu supaya segera siasat aplikasi baharu yang ditular ketika ini iaitu FaceApp.

Aplikasi canggih itu dianggap memberi ancaman serius kepada “keselamatan negara dan risiko pelanggaran hak privasi warga AS” apabila wajah mereka dapat dieksploitasi pihak ketiga.

Aplikasi suntingan potret muka yang dibangunkan firma Rusia, Yaroslav Goncharov dikhuatiri akan mengundang bahaya kepada pendedahan data dan gambar peribadi penduduk negara kuasa besar dunia itu kepada negara-negara yang,menjadi musuhnya.

Malah, Jawatankuasa Nasional Demokrat telah mengarahkan para calon presiden AS bagi tahun 2020 dari parti itu supaya tidak guna aplikasi berkenaan disebabkan adanya elemen Rusia.

Pemimpin Minoriti Senat AS, Senator Chuck Schumer juga dilapor meminta Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Suruhanjaya Dagangan Persekutuan (FTC) menyiasat mengenainya.

Beliau melahir kebimbangan, data muka rakyat AS yang disunting pemaju aplikasi itu berpotensi dijual kepada kerajaan asing terutama Rusia bagi tujuan untuk manipulasi kempen Pilihan Raya Presiden AS.

Perisikan Rusia pernah didakwa calon Demokrat, Hillary Clinton sebagai punca beliau tewas ketika pemilihan presiden pada 2016, tetapi tohmahan itu dinafikan lawannya, Donald Trump.

Bagaimanapun menurut jurucakap FaceApp ketika dihubungi stesen penyiaran CNBC, aplikasi ramalan wajah itu dijamin tidak dijual atau data pengguna dikongsikan dengan pihak ketiga.

Bahkan, gambar muka yang diedit pentadbir aplikasi itu hanya boleh disimpan selama 48 jam, manakala pakar keselamatan siber dakwa galeri perpustakaan foto pula tetap tidak dipadam.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.