Kaji semula sekolah vernakular, demi perpaduan negara

Pergilah ke negara yang bahasanya adalah Mandarin seperti China atau Taiwan. Kenapa perlu berterusan di sini?

Kaji semula sekolah vernakular, demi perpaduan negara
Komen DATUK REJAL ARBEE

 

NAMPAK gayanya pertubuhan Cina macam Dong Zong sudah muncul kembali dengan pendirian melampaunya.

Bagi saya mudah saja; kalau tak suka dengan apa yang sudah pun diputuskan dan diterima majoriti rakyat negara ini mengenai kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa negara ini mereka boleh tinggalkan sahaja negara ini.

Pergilah ke negara yang bahasanya adalah Mandarin seperti China atau Taiwan. Kenapa perlu berterusan di sini?

Rakyat negara ni semuanya sudah terima bahasa Melayu sebagai bahasa negara ini. Bahasa Melayu kini dah diiktiraf dan diterima pakai sebagai Bahasa Malaysia. Apa yang puak pelampau ini nak pertikaikan lagi?

Di Indonesia pun ada orang Cina, tetapi mereka mengamalkan bahasa Indonesia. Di Thailand pun ada orang Cina, tetapi mereka mengamalkan bahasa Thailand. Malah orang di kedua-dua negara jiran kita itu turut menukar nama mereka mengikut bangsa asli negara yang mereka naungi itu.

Tetapi malangnya Cina kita terlalu parokial.

Kalau tak suka dan tak boleh terima kedudukan BM sebagai bahasa negara ini mereka sepatutnya pergi sahaja dari sini.

Sebenarnya salah kerajaan kita juga sebab apabila kita mencapai kemerdekaan dahulu, kita begitu liberal sekali hingga telah terus menerima kewujudan sekolah sukuan seperti sekolah Cina ini.

Selagi wujud sekolah berbagai aliran bahasa ini selagi itulah kita akan menghadapi kesukaran untuk memupuk Malaysia sebagai sebuah negara bersatu padu.

Kini sudah tibalah masanya sekolah berbagai aliran ini dikaji semula. Sesiapa saja yang hendak belajar bahasa ibunda mereka boleh berbuat demikian di semua sekolah-sekolah kebangsaan sebagai satu subjek.

Inilah sahaja caranya untuk negara ini bergerak ke depan.

Sebagaimana saya katakan, sesiapa saja yang tak mahu atau tak sanggup dengan kedudukan ini, tinggalkan saja bumi Malaysia.

Kita sememangnya tidak perlukan anasir-anasir begini berleluasa di sini hingga berterusan hendak menimbulkan kacau bilau yang boleh menjejas keutuhan dan perpaduan rakyat.

— BebasNews

 

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian BebasNews.my
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.