Peguam pukul hakim ketika bicara

Peguam pukul hakim ketika bicara
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

KEGEMPARAN berlaku dalam sidang perbicaraan Mahkamah  Negeri Jakarta Pusat apabila seorang peguam bela dikenali sebagai Desrizal tiba-tiba memukul Ketua Hakim, Sunarso  kira-kira pukul 4 petang semalam (Khamis 18 Julai).

Kejadian berlaku ketika Ketua Hakim Sunarso sedang membacakan keputusan bicara, Desrizal tiba-tiba bangun lalu menyerang ketua hakim.

Serangan Desrizal yang tidak dinyatakan puncanya mengenai bahagian kening ketua  hakim, demikian menurut laporan Detik News

Peguam bela itu ditangkap oleh anggota keselamatan dan diserahkan ke ibu pejabat polis Kemayoran.

Hakim diserang ketika perbicaraan kes ahli perniagaan terkenal, Tomy Winata yang diwakili oleh Desrizal, dengan PT Geria Wijaya Prestige (GWP)

Peguam PT Geria Wijaya Prestige (GWP), Rudy Marjono kesal dengan kejadian itu.

Sementara itu, Perhimpunan Advokat Indonesia (Peradi) mengkaji  kes berkenaan.

“Tindakan penganiayaan terhadap hakim adalah  penghinaan mahkamah (contempt of court) yang perlu diproses secara undang-undang serta kod etika peguam,” kata Timbalan Setiausaha Agung Peradi, Rivai Kusumanegara, kepada media, malam Khamis, 18 Julai.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.