Kanak-kanak 4 tahun perlu RM60, 000 untuk pemindahan sum-sum tulang

"Anak saya perlu menjalani pemindahan sum-sum tulang segera memandangkan kesihatannya tidak berapa baik."

Kanak-kanak 4 tahun perlu RM60, 000 untuk pemindahan sum-sum tulang
Oleh AR RAZZAQ NAZRI

 

SEORANG kanak-kanak yang menghidap penyakit kegagalan fungsi sum-sum tulang Myelodisplastic Syndromes, Dhia Sumayyah Idris, 4, memerlukan bantuan kewangan dengan segera sebanyak RM60, 000 bagi menampung kos pemindahan sum-sum tulang dari seorang penderma.

Menurut ibu kepada Dhia Sumayyah, Asma Hani Jamaludin, 40, buat masa ini kos sebanyak RM20, 000 telah berjaya dikumpul namun baki RM40,000 masih diperlukan untuk kos rawatan tersebut.

“Penderma organ adalah kakaknya sendiri yang berusia 8 tahun, Auni Wajihah Mohamed Idris.

“Anak saya perlu menjalani pemindahan sum-sum tulang segera memandangkan kesihatannya tidak berapa baik. Hanya pemindahan sum-sum tulang sahaja yang mampu memulihkannya, “katanya kepada Bebasnews di sini hari ini.

 

Asma Hani berkata, kronologi keadaan Dhia Sumayyah yang perlu melakukan pemindahan sum-sum tulang pada saat ini, bermula Januari tahun ini apabila beliau sering demam.

Katanya lagi, selepas ujian demam denggi disahkan negatif hasil pemeriksaan dan rawatan lanjut sepanjang tahun ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengesahkan Dhia Sumayyah mengalami kegagalan fungsi sum-sum tulang.

“Hanya pemindahan sum-sum tulang dengan kos RM60, 000 dapat memulihkannya dan masa semakin singkat untuk kami mengumpul kos secukupnya, “katanya.

Asma Hani dan suaminya, Mohamed Idris Mohd. Nor, 40, walaupun bekerja sebagai Jurutera di syarikat swasta dengan pendapatan RM12, 000 masih tidak mampu menampung kos rawatan memandangkan Asma Hani sendiri menghadapi masalah kewangan.

“Dalam keadaan mendesak saya terpaksa mencari segera kos berbaki RM40, 000 tersebut, “katanya.
Kepada orang ramai yang ingin membantu secara kewangan dan mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Asma Hani atau Mohamed Idris di talian 016-334 3464.

–BebasNews

 

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.