Nilai lendir siput babi di Thailand seperti emas

8
12

REBUTAN… Mungkin ada yang berasa geli apabila lihat lendiran haiwan bercengkerang ini, namun tidak para petani tradisional di wilayah tengah Thailand, ia malah jadi rebutan mereka.

Stesen penyiaran Channel NewsAsia melaporkan, siput babi saiz gergasi itu lazimnya dimakan pesawah tempatan sebagai diet organik dihidangkan bersama dengan masakan labu dan timun.

Bagaimanapun kini firma-firma kosmetik dikatakan amat perlukan cecair likat dari moluska ini yang dikatakan amat kaya dengan khasiat kolagen dan lebih bernilai daripada jongkong emas.

Senario ini jauh berbeza denggan sebelum ini apabila lambakan siput babi di kebun Phatinisiri Thangkeaw pernah dibenci ramai petani sawah kerana sering makan tunas muda tanaman itu.

“Mereka biasanya akan campak sahaja siput babi itu ke jalan raya atau sungai,” kata wanita ini sebelum tambah bahawa kini para petani berebut jual kepadanya untuk duit poket tambahan.

Dengan memiliki lebih 1,000 ekor haiwan kecil itu, Phatinisiri mampu raih pendapatan 9,855 baht (RM1,316) sehingga 20,020 baht (RM2,672) sebulan di kebunnya di wilayah Nakhon Nayok itu.

Dianggarkan ketika ini terdapat kira-kira 80 kebun ternakan siput babi secara komersial di sekitar wilayah tersebut yang terletak hanya dua jam pemanduan berkereta dari ibu kota Bangkok.

Ia pesat ekoran permintaan tinggi pasaran kecantikan global berasaskan siput babi dengan nilai 9.7 bilion baht (RM1.3 bilion), menurut data kumpulan penyelidikan Coherent Market Insights.

Lendiran ‘mahal’ itu bagaimanapun memerlukan tahap kesabaran tinggi kerana ia hanya boleh didapati daripada kelenjar yang direnjiskan air berterusan menerusi satu saluran tiub kecil.

Produk mentah itu dijual kepada sebuah syarikat kosmetik global berpusat di Thailand, Aden International sebelum dijual kepada pelbagai firma di Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Sebagai pengeluar lendir moluska tunggal di Thailand, Aden mula komersialkan produk itu tiga tahun lalu sebagai penyelesaian pintar bisnes bagi isu serangan siput babi di Nakhon Nayok.

Pengasasnya, Kitpong Puttarathuvanun berkata, serum dihasilkan di bawah jenama Acha, turut dijual kepada syarikat kosmetik Korea Selatan dan AS selain lendir dalam bentuk serbuk kering.

“Keseluruhan produk ini bernilai 1.8 juta baht (RM239,240) sekilogram, lebih mahal berbanding logam emas yang pada ketika ini berharga 1.4 juta baht (RM190,320) sekilogram,” jelas beliau.

Kitpong turut jelaskan perbezaan keluaran Aden dengan produk sama buatan China yang lendir siput itu dikutip setiap hari, walhal di Thailand ia pekat kerana dituai sekali setiap tiga minggu.

“Justeru, harga lendir haiwan ini lebih tinggi iaitu kira-kira 80,000 baht (RM10,700) sekilogram. Kami dapati siput di Thailand makan segala-galanya termasuk sayur, bijirin dan cendawan.”

Tidak hairanlah lendir keluaran negara itu amat bermutu tinggi, malahan Kitpong akui mukus dihasilkan di Thailand boleh digunakan untuk sembuh luka dan melecur akibat sinaran matahari.

Buat masa ini, belum ada lagi kajian saintifik terhadap khasiat lendiran siput babi, namun bagi Phatinisiri, ramai penternak haiwan itu sudah dapat merasai lonjakan permintaan di pasaran.

Guru tersebut imbau pengalaman lebih dua tahun lalu ketika beliau jadi penternak yang pertama, ramai petani rela beri siput babi secara percuma kerana anggap ia haiwan perosak tanaman.

“Kini, saya beli daripada mereka pada harga 30 baht (RM4.10) sekilogram, Tetapi ramai sudah buka kebun ternakan siput babi sendiri dan saingan harga jadi lebih sengit,” ujar Phatinisiri.-Bebasnews

Please follow and like us:
error

8 COMMENTS

  1. benda tak berguna pun boleh jadi duit. negara kita tahu cukai dengan rakyat ssaja. kerajaan tak perlu fikir nak buat benda pelik.

    • cuba hubungi kedutaan Thailand untuk dapatkan maklumat lanjut. Berita yang disiarkan dipetik daripada sumber luar negara.

      • Tuan,

        Bagaimana untuk saya tahu lebih lanjut maklumat berkenan Siput ini. Dimana hendah menjual bagaimana cara menghubungi.

        • berita berkenaan sumber dari Thailand, mungkin perlu hubungi kedutaan Thailand. No telefon boleh diperoleh melalui internet atau mungkin boleh menghubungi kementerian pertanian.

  2. Dekat sya bnyk siput babi..besar2 belaka..kalau ada agen yg nak beli sya sdia membantu ..paling senang urusan..sekiranya ada agen dri sabah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here