Tiga orang asli Temiar Gerik ditahan – COAC

0
52

TIGA Orang Asli suku Temiar ditahan di sekatan di Kampung Sungai Papan, Gerik, Perak selepas ‘suatu pertempuran’ dengan pembalak, kata Penyelaras NGO Center for Orang Asli Concerns (COAC), Dr Colin Nicholas.

Menurut portal Malaysiakini yang menghubungi beliau, kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Gerik.

Terdahulu, satu post akaun Facebook COAC melaporkan penduduk kampung mendakwa pembalak dengan bantuan polis telah merobohkan sekatan yang adakan oleh masyarakat Temiar itu.

Menurut COAC, sekumpulan wakil suku Temiar telah bertemu dengan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Perak dan seorang pegawai Jabatan Perhutanan Perak.

Bagaimanapun, kata COAC, wakil Temiar itu cuma diberikan penjelasan yang tidak memuaskan bahawa permit pembalakan merupakan “dokumen rahsia” yang tidak boleh didedahkan.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here