Warga Indonesia hilang 21 tahun di Arab Saudi ditemukan

“Pencarian Turini dilakukan pada bulan Mac 2019 apabila anak Turini di Indonesia memaklumkan bahawa ibunya baru sahaja menghubunginya melalui nombor telefon warga negara Filipina.”

Warga Indonesia hilang 21 tahun di Arab Saudi ditemukan

KEDUTAAN Besar Republik Indonesia (KBRI) di Riyadh berjaya
menemukan seorang rakyatnya yang telah bekerja di Arab Saudi
selama 21 tahun tetapi hilang komunikasi dengan keluarganya.

Menurut kenyataan Duta Besar Indonesia ke Arab Saudi kepada Antara, Agus
Maftuh Abegebriel, menjelaskan rakyatnya itu bernama Turini Mashari Tarsina berasal dari Kedawung, Cirebon, yang berangkat ke Arab Saudi pada 24 Oktober 1998.

Kedutaan Indonesia di Arab Saudi sebelum ini gagal untuk mencari rakyatnya yang bekerja dengan keluarga Aun Niyaf Aun Alotaibi pada pertengahan tahun 2013 kerana ketiadaan data yang lengkap, kata Duta Besar itu.

“Pencarian Turini dilakukan pada bulan Mac 2019 apabila anak Turini di Indonesia memaklumkan bahawa ibunya baru sahaja menghubunginya melalui nombor
telefon warga negara Filipina,” kata Agus Maftuh.

Warga negara Filipina itu didapati bekerja di rumah majikan yang masih bersaudara dengan majikan Turini yang merupakan menantu kepada majikan lamanya, Aun Niyaf Aun Alotaibi yang sudah meninggal dunia 10 tahun lalu.

Agus Maftuh menjelaskan bahawa selama bekerja dalam tempoh waktu 21 tahun, Turini tidak pernah menerima gaji dan tidak memiliki akses komunikasi dengan keluarga di Indonesia.

Perbincangan yang sukar diadakan dengan menantu majikan lama Feihan Mamduh Al-Otaibi yang tinggal di sebuah kampung pedalaman iaitu 387 kilometer dari Riyadh, majikannya akhirnya bersedia melepaskan wanita Indonesia itu.

Majikan Turini juga bersetuju membayarkan hak-hak gaji Turini sebesar 150.000,- Riyal (sekitar 550 juta rupiah) atau sekitar RM165,000 selain membayar denda kerana tinggal lebih masa di Arab Saudi dan tiket penerbangan pulang ke Indonesia esok.

Agus Maftuh menegaskan pihaknya sentiasa memastikan kebajikan warganya yang bertugas sebagai tenaga kerja asing sentiasa terjaga.

Sebelum ini, Kedutaan Indonesia di Arab Saudi berjaya menyelamatkan pembantu rumah Eti Tayib daripada hukuman mati dengan tebusan Rp15 bilion
(sekitar RM450,000).

BebasNews
Please follow and like us:
error

One Response to "Warga Indonesia hilang 21 tahun di Arab Saudi ditemukan"

  1. basodia  20/07/2019 at 10:15 pm

    arab ni pernah berlaku benda pelik begini. pernah colek bini orang masa kerja haji buat bini sendiri. dikurung macam hamba abdi.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.