Wartawan, sasterawan veteran Indonesia meninggal dunia

Wartawan, sasterawan veteran Indonesia meninggal dunia
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SASTERAWAN dan wartawan senior Arswendo Atmowiloto, 70,  meninggal dunia pukul 5.50 petang semalam  kerana sakit kanser prostat.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan  Pemimpin Redaksi Kompas, Tri Agung Kristanto  yang merupakan jiran Aswendo.

“Betul (dia meninggal dunia), pukul 17.55. Anaknya, Soni Wibisono menyampaikan bahawa papa sudah tak ada,” kata  Tri ketika dihubungi.

ASWENDO Asmowiloto ketika dirawat.

Arswendo Atmowiloto dirawat di Hospital Pertamina, Jakarta akibat kanser prostat.

Arswendo Atmowiloto merupakan penulis dan wartawan Indonesia yang aktif di pelbagai majalah dan akhbar seperti Hai dan Kompas.

Dia juga menulis cerpen, novel, skrip drama pentas dan senario filem.

Jenazahnya dikebumikan di Karawang, Jawa Barat hari ini.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.