Bapa, adik bekas juara Piala Malaysia 1992 terselamat, rumah tinggal rangka

0
62
Foto: Zulhamizan Zakaria

 

Oleh KAKI BANGKU

 

BEKAS pemain bola sepak Pahang dan Malaysia, Zulhamizan Zakaria menarik nafas lega dan mengucapkan alhamdulillah apabila bapa dan adiknya terselamat daripada kebakaran rumah jiran sebelah rumahnya yang meragut tiga nyawa di Kuantan, pagi ini.

Kedua-duanya , Zakaria Mohamad, 79, dan Norhaminuddin Zakaria, 44, disahkan berada di rumah ketika kejadian namun sempat menyelamatkan diri, oleh pemenang Piala Malaysia dan Liga Divisyen Satu 1992 itu kepada BebasNews hari ini.

“Rumah bersebelahan mangsa itu milik abah, Zakariah beralamat Nombor 39, Lorong 86, Perkampungan Sungai Isap 2, Kuantan, Pahang. Abah dan adik, Norhaminuddin berada dalam rumah ketika kejadian. Alhamdulillah kedua-duanya selamat.

“Saya di luar ketika kejadian. Apabila dapat panggilan telefon fasal kejadian itu, terus bergegas balik tetapi sesampainya saya, rumah sudah tinggal rangka.

“Anggaran kerugian belum dapat dipastikan. Saya menanti pihak insurans untuk menilai taksirannya,” kata bekas jurulatih beberapa pasukan Liga Perdana dan Liga M3 ini antaranya Kuantan FA/Marcera United, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Batu Dua FC.

Zulhamizan turut pernah membantu Pahang menjuarai Piala Emas Raja-raja 2016 selepas menewaskan PDRM 6-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Jaringan tunggal terpantasnya juga membantu Pahang menjulang Piala Malaysia dengan menewaskan Kedah 1-0 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Rumah jirannya yang beralamat nombor 37, Lorong 85, Perkampungan Sungai Isap 2, Kuantan, Pahang itu rentung sehingga meragut nyawa tiga beranak – Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, dan dua anaknya, Muhammad Haikal Hakimi Hairol, 11, dan Mohammad Adam Daniel Hairol, enam.

Kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu turut mengakibatkan tiga lagi mangsa tercedera parah dan mengalami kelecuran badan iaitu adik Azlina, Syed Azuan Syed Kasim, 25, isterinya Norazilah Abdullah, 23 dan adiknya, Norsyawalina Abdullah, 19.

Suami mangsa, Hairol Khalid, 38, dan anak saudaranya, Mohamad Aliff Asyraf, enam, pula tidak mengalami kecederaan apabila sempat diselamatkan jiran-jiran yang menyedari kejadian selepas terdengar jeritan dari rumah keluarga malang itu.

Kesemua mangsa parah itu kini masih diberikan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here