Romantis jemaah lanjut usia hingga ke tanah suci

0
45
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

KISAH  pasangan romantis Mahmud Sopamena, 87, dan  Kalsum Litiloli alias Mak Cum,75, dari Ambon, Maluku ini ternyata menarik perhatian ramai.

Ternyata cinta Mahmud terhadap Kalsum Litiloli tidak dimamah usia.

Biarpun sudah mengharungi tempoh perkahwinan selama  puluhan tahun Mahmud sukar untuk berpisah dengan isterinya termasuk ketika menunaikan ibadah haji.

Cerita tentang pasangan ini dikongsi Dai terkenal, Ustaz Yusuf Mansur melalui akaun Instagramnya @yusufmansurnew baru-baru ini.

Kedua-dua pasangan berkerusi roda ini terpaksa disorong secara beriringan kerana Mahmud enggan melepaskan isterinya.

Malah, tangan suami menggenggam erat  lengan isterinya ketika disorong petugas.

Mahmud juga sempat memarahi petugas yang menyorong kerusi roda isterinya jika merasakan dia seperti mahu terpisah,

Petugas ternyata berdepan kesukaran untuk memujuk Mahmud yang tidak mahu berpisah langsung termasuk ketika pemeriksaan di lapangan terbang.

Akhirnya, kedua-dua terpaksa diperiksa secara bergandingan.

Mahmud, jemaah haji dari Ambon ini, dilihat menolak  tangan petugas haji yang mahu menyorong kerusi roda isterinya, ketika tiba di lapangan terbang, di Madinah.

“Setiba di Madinah kami harus menurunkan kedua-dua secara bersama-sama kerana mereka tidak mahu dipisahkan,

“Jika isterinya sudah berada jauh, Mahmud akan marah-marah, terpaksalah isterinya kita panggil balik,” kata Ketua Kumpulan, Jusman Rivay.

Mahmud merupakan anggota Kumpulan 13 yang berlepas dari Makassar. Sejak bertolak dari rumahnya dia sudah enggan berpisah dari isterinya.

Hingga ketibaan di tanah suci pun masih begitu, Mahmud  benar-benar tidak mahu melepaskan tangan isterinya.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here