Dakwaan Wanita Aceh didera di Malaysia

0
11983
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SEORANG wanita Aceh yang bekerja sebagai pembantu rumah didakwa menjadi mangsa dera di Malaysia.

Sehubungan itu, pertubuhan masyarakat Aceh di Malaysia (Waqulja)  mendesak tindakan diambil untuk menyelamatkan wanita itu.

Anisa Jamil, 25, berasal dari Gampong Krueng Tuan, Kecamatan Nisam Antara, Aceh Utara.

Dia datang ke Malaysia pada November 2017 sebagai pembantu rumah dan bekerja dengan majikan di Rawang, Selangor.

Bukhari Ibrahim, Ketua 1 Waqulja, salah satu organisasi komuniti Aceh di Malaysia mendakwa dia dan rakan-rakannya telah bertemu Anisa di Ampang, Selangor apabila wanita itu  keluar dari rumah majikannya.

Berikutan pertemuan itu, Bukhari telah menemu bual Anisa dan menghasilkan wawancara itu dalam bentuk video 23 minit dan dihantar kepada Serambinews.com.

Dalam video tersebut, Anisa didakwa bercerita sambil menahan sedih bagaimana dia diperlakukan secara kejam oleh majikannya.

Tindakan kejam yang didakwa dilakukan termasuk  menyiram air panas ke tubuhnya, menumbuk mulut hingga giginya tertanggal dan menghantukkan  kepala ke dinding.

Difahamkan Anisa ditemukan seorang warga Malaysia keturunan India setelah dihalau keluar dari rumah majikan dan dihantar menginap di salah sebuah hotel selama semalam

Anisa kemudiannya diselamatkan pula oleh seorang wanita yang bertugas sebagai pencuci di hotel berkenaan sebelum mendapat bantuan seorang pemimpin masyarakat Aceh di Malaysia,  Tgk Mukhtar Abdullah.

Waqulja dijangka membawa Anisa ke Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI), Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here