[VIDEO] Buka, beri peluang kepada anak-anak peneroka bangunkan Felda

0
85

KERAJAAN disaran mengangkat anak peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang berkepakaran untuk menguruskan badan itu selain membuka peluang ekonomi baharu untuk mereka.

Ini kerana, anak-anak peneroka Felda diyakini lebih memahami apa yang perlu dilakukan bagi memastikan badan pembangunan ekonomi sosial itu untuk menjadi lebih berjaya sekaligus membawa manfaat kepada peneroka dan generasi yang seterusnya.

Saranan berkenaan di utarakan oleh dua panelis episod ke-79 program bual bicara Sila Duduk Jangan Lari bertajuk ‘Malaskah Orang Felda’ yang bersiaran secara langsung dari TV AlHijrah pada malam Isnin.

Dalam masa sama, panelis-panelis berkenaan, Presiden Persatuan Anak Felda Kebangsaan (Anak), Mohd. Nasaie Ismail dan Tokoh Ikon Felda 2019, Datuk Dr. Redzuawan Ismail (Chef Wan) turut menyatakan, anak-anak peneroka harus menyedari terdapat banyak peluang ekonomi yang boleh diteroka di kawasan Felda.

Namun, semua itu akan menjadi sia-sia jika mereka tidak bertindak meneroka dan merebut peluang-peluang berkenaan.

Episod ke-79 SDJL berkenaan dimudahcarakan oleh pengacara Farrah Adeeba Mohamed Ashraf dan wartawan Bebasnews, Nurulanuar Mansor.

SDJL bersiaran secara langsung di TV Al-Hijrah pada pukul 10 malam setiap Isnin.

– BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here