Belum siar dah kecoh

Apabila beliau memuat naik poster telefilem yang bakal disiarkan menerusi slot telemovie TV1 dalam Instagram pada 30 Julai lalu, timbul pula pelbagai kecaman. Ada yang mendakwa beliau menangguk di air yang keruh.

Belum siar dah kecoh
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

 

PENERBIT Prokuya Studios, Fadzil Zahari dalam satu temu bual pada 15 Jun lalu memberitahu produksinya menerbitkan telefilem tentang golongan yang mengamalkan hubungan sejenis atau LGBT (lesbian, gaya, biseksual, transgender).

Malah beliau turut memberitahu bahawa apa yang dipaparkan dalam telefilem arahan Eyra Rahman adalah kisah benar dan pernah berlaku di pusat pengajian.

Beliau berharap apa yang dipaparkan dalam telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi lakonan Syafie Naswip itu boleh dijadikan pengajaran kepada penonton.

Malah selepas kenyataan mempromosikan telefilem tulisan @ama4ayen itu, tidak ada pula isu kontroversi yang timbul kerana jelas Fadzil, telefilem tersebut dihasilkan mengikut garis panduan stesen televisyen.

Bagaimanapun apabila beliau memuat naik poster telefilem yang bakal disiarkan menerusi slot telemovie TV1 dalam Instagram pada 30 Julai lalu, timbul pula pelbagai kecaman. Ada yang mendakwa beliau menangguk di air yang keruh.

Rata-rata menganggap beliau mengambil kesempatan kerana sebelum itu, nama Syafie dikaitkan dengan kes penahanan polis kerana memukul tunangnya, Aishah Azman.

Beliau didakwa membelasah Aishah selepas wanita itu meminta Syafie memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya pada 26 Jun lalu.

Bukan saja dikecam kerana mengambil kesempatan, ada juga pihak tertentu yang mempertikaikan kenapa perlu ada drama sebegitu. Ada yang mendakwa Prokuya Studios sengaja mahu memburukkan nama pusat pengajian tahfiz?

Namun pengarah Eyra Rahman menjelaskan bahawa telefilem yang selesai penggambaran pada Ramadan lalu, bukan bertujuan untuk memburukkan mana-mana pihak.

Beliau yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp berkata, telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi tidak ada kaitan tentang LGBT di pusat tahfiz.

“Telefilem tersebut mengisahkan tentang seorang transgender yang ingin berubah ke jalan Allah dan dibantu oleh rakan baiknya semasa kecil, Aishah, seorang ustazah.

“Bapa saudara Aishah adalah orang yang menguruskan tempat tahfiz. Jadi dalam usaha untuk kembali ke pangkal jalan, tahfiz adalah tempat terbaik. Selepas itu dia menuntut ilmu agama dengan seorang kiai. Tak ada pengaruh negatif pun dalam cerita ini,” katanya.

Tambah Eyra, tidak timbul isu mahu mempelekeh mana-mana pihak kerana sebelum penggambaran, mereka telah berbincang dengan pihak RTM.

“Telefilem ini tidak ada niat mahu menimbulkan apa-apa isu kerana kami terlebih dahulu melakukan pitching dan berbincang dengan pihak RTM tentang isu sensitif dan semuanya okey,” mohonnya supaya orang ramai menonton terlebih dahulu sebelum memberi komen.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

5 Responses to "Belum siar dah kecoh"

  1. AHMAD YAHYA BIN ABDUL GHANI  03/08/2019 at 2:39 pm

    Assalamualaikum…
    Saya Minta tolong kpd sesiapa yg terlibat dgn filem tersebut supaya Minta kebenaran dulu drpd pihak Dan mana2 ustaz tahfiz supaya tidal berlaku sesuatu perkara yg tidak diingini.

    Reply
  2. AHMAD YAHYA BIN ABDUL GHANI  03/08/2019 at 2:41 pm

    *terlebih dahulu,

    Reply
  3. AHMAD YAHYA BIN ABDUL GHANI  03/08/2019 at 3:02 pm

    Satu perkara lagi, khadijah Ibrahim kalau awak mengatakan bahawa,” Telefilem ini tidak ada niat mahu menimbulkan apa-apa isu kerana kami terlebih dahulu melakukan pitching dan berbincang dengan pihak RTM tentang isu sensitif dan semuanya okey,” mohonnya supaya orang ramai menonton terlebih dahulu sebelum memberi komen. ingat apa2 yg dikaitkan dengan agama Kita harus berbincang dgn “ahlinya” terlebih dahulu, barulah berbincang dgn pihak RTM. Jika saya melihat filem tersebut diterbitkan Dan ade unsur2 yg memburukkan agama islam, saya dan orang2 yg beragama Islam akan meminta perkara ini dibawa ke mahkamah syariah.

    Reply
  4. AHMAD YAHYA BIN ABDUL GHANI  03/08/2019 at 3:08 pm

    Allah SWT berfirman:

    فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

    Maksudnya: Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.

    Surah al-Nahl (43)

    Reply
  5. AHMAD YAHYA BIN ABDUL GHANI  03/08/2019 at 3:11 pm

    *(wahai golongan musyrik) Minta maaf tersalah taip 😣😔

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.