Memo kepada Tun M: Jangan silap pilih

0
68
Ilustrasi: The Destruction of Sodom and Gomorrah oleh John Martin, 1852.

DALAM usia 94 tahun dan kali kedua jadi PM pertimbangan politik Tun mendapat sorotan rakyat dalam dan luar negara. Rakyat Malaysia terhutang budi kepada Tun sebagai panglima perang menumbangkan maharaja penyamun kelas cakerawala.

Allah memberkati perjuangan Tun, dan rakyat menyokong dengan penuh semangat.

Sebelum Tun bertindak tidak bijaksana inginlah rakyat memberi pesanan agar Tun tidak melakukan kesilapan kali ketiga memilih bakal PM. Dua kali Anwar Ibrahim pernah mengkhianati Tun dalam UMNO kerana keghairahannya yg melampau hendak jadi PM. Dia kantoi. Allah selamatkan Tun menjadi PM selama 22 tahun.

Baru-baru ini Tun mengulangi janji akan menyerahkan kuasa kepada Anwar sebagai bakal PM. Apakah Tun sudah lupa apa yang Tun jaja seluruh denai gajah kononnya Tun tak mahu menanggung dosa memilih orang seperti itu sebagai pengganti Tun?

Kalau sekarang Tun lupa izinkanlah saya mengingatkan Tun laknat Allah terhadap puak Sodom dan Gemorrah. Juga ingin ingatkan Tun tentang kehancuran dinasti Pompeii yang mengamalkan homo seks melalui letusan gunung berapi Vesuvius, di Itali.

Apakah Tun mahu Allah laknati rakyat dan negara Malaysia tercinta memilih orang yang dua kali masuk penjara kerana amalannya sebagai PM?

Apakah Tun lupa maha kuasa Allah yang melaknati kaum Nabi Luth? Mengapa dulu Tun anti homo seks dan sekarang lain pula?

Hari ini termeterai perjanjian antara Turki-Pakistan-Malaysia  untuk memperkasakan perjuangan Islam mengambil alih peranan Arab Saudi yang kini menjadi boneka US dan Zionist. Kita salut dan sokong gagasan suci itu.

Tapi bolehkah Allah merestui perjuangan suci itu kalau Tun memilih orang seperti itu sebagai pengganti untuk memperjuangkan Islam? Apakah Tun tidak malu kepada seluruh 57 negara Islam dalam OIC dan dunia kerana memilih orang seperti itu?

Izinkanlah saya mengingatkan Tun yang berusia 94 tahun sekarang. ALLAH DAN RAKYAT MALAYSIA TIDAK AKAN MERESTUI JANJI TUN MELANTIK ORANG SEPERTI ITU SEBAGAI BAKAL PM. MALAYSIA AKAN DILAKNATI ALLAH SEKIRANYA  TUN MELAKSANAKAN JANJI SUMBANG ITU.

Janganlah hendaknya segala jasa besar Tun terhadap rakyat dan negara dinodai oleh janji songsang Tun dalam pemilihan sebagai bakal PM. INGAT ALLAH DAN RAKYAT YANG MEMILIH TUN MEMENANGKAN PAKATAN HARAPAN. Maha kuasa ialah Allah Ta’ala, bukan manusia yang menjadi hambaNya.

Harap Tun insaf, berfikir panjang dan tunaikan amanah Allah dan rakyat untuk mendapat rahmat di dunia dan akhirat.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here