Warga Korea Selatan bantah import patung seks saiz sebenar

0
377

PROTES… Demi semangat patriotik dan bangga produk keluaran domestik, lebih 210,000 rakyat Korea Selatan tandatangan petisyen bantah pengimportan patung seks bersaiz sebenar.

Akhbar berbahasa Inggeris tempatan, The Korea Times melaporkan, laman sesawang petisyen Cheong Wa Dae jadi tumpuan ramai yang menolak usaha bawa masuk patung lucah asing tersebut.

Ini berikutan susulan keputusan Mahkamah Agung mengekalkan keputusan mahkamah peringkat rendah sebulan sebelum itu yang membenarkan import patung berkenaan bagi pasaran Korea Selatan.

Golongan lelaki di negara ini lebih gemar lampiaskan nafsu dengan menyetubuhi patung seks import kononnya bentuknya seperti wanita sebenar dan tidak cepat tewas ketika berjimak.

Malah berbanding produk tempatan yang seperti patung bodoh, produk import boleh diubah suai ikut selera pelanggan termasuk payudara montok dan wajah senyum manja.

Banyak negara membenarkan pengimportan patung seks untuk tujuan komersial asalkan bentuknya tidak menyerupai kanak-kanak perempuan kerana bimbang kesan buruknya.

Perkhidmatan Kastam Korea Selatan sebelum itu melarang kemasukan produk tersebut kerana dianggap boleh jejas moral pengguna lelaki, namun keputusan itu dicabar pada tahun 2017 lalu.

Sebuah syarikat tempatan dlaporkan bawa isu ini kepada mahkamah daerah Seoul yang mengekalkan arahan pihak kastam sebelum dibatalkan oleh mahkamah peringkat rayuan pula.

Seorang netizen yang tandatangan petisyen itu mendakwa bahawa patung seks tersebut boleh mengakibatkan golongan wanita tempatan tidak lagi diberi perhatian oleh lelaki kacak.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here