Satu aliran sekolah sahaja, tanpa kompromi! (Ekoran tuntutan tulisan jawi dihapuskan di sekolah)

1
129

NAMPAK gayanya pertubuhan pelampau Cina, dong atau zong dan sebagainya semakin menjadi-jadi.

Mereka sebelum ini mahu kita iktiraf sekolah-sekolah aliran Cina tanpa mahu menerima sekolah kebangsaan.

Malangnya kita sudah terlalu manja-manjakan mereka ini dan kini sudah tibalah masanya sekolah-sekolah sukuan ditutup saja dan kita tetapkan bahawa kita hanya boleh menerima satu sahaja sekolah, iaitu sekolah kebangsaan.

Ini adalah demi kepentingan perpaduan antara kaum dalam negara ini di mana semua anak-anak kita akan membesar bersama dalam satu aliran sekolah tanpa berlaku sebarang sekatan.

Sesiapa sahaja yang mahu belajar bahasa ibunda mereka boleh berbuat demikian dengan mengambilnya sebagai satu subjek di sekolah-sekolah kebangsaan.

Inilah sahaja caranya kalau kita serius mahukan perpaduan kaum kerana hanya dengan adanya satu jenis sekolah barulah semua anak-anak kita boleh membesar dan bergaul sesama mereka sejak dari bangku sekolah lagi.

Kita telah bersikap terlalu liberal hinggakan mereka ini sudah naik tocang sampai begitu berani mendesak kita haramkan tulisan Jawi.

Apakah mereka ini tidak tahu bahawa asal tulisan bahasa Melayu adalah dengan huruf jawi?

Semua perjanjian-perjanjian lama antara semua kesultanan kita dengan penjajah dahulu adalah dalam tulisan jawi kerana asal tulisan Melayu adalah dengan jawi.

Demikian juga buku-buku agama kita sejak dahulu kala lagi adalah dalam tulisan jawi.

Lebih penting lagi al-Quran juga ditulis dengan huruf jawi daripada bahasa Arab. Tanpa mengetahui membaca jawi bagaimana kita hendak membaca al-Quran dengan betul?

Amat malang sekali bagi kita apabila suatu masa dahulu Khir Johari semasa menjadi menteri pelajaran telah memutus untuk mengharamkan tulisan jawi.

Baik juga perkara ini tidak dilanjutkan kalau tidak pembacaan al-Quran kita sudah tentu akan terjejas.

Kini pertubuhan pelampau Cina ini pula beria-ia sangat mahu menghapuskan tulisan jawi.

Siapa mereka ini yang begitu lantang sekali mahu hapuskan tulisan jawi?

Sepatutnya penulisan Bahasa Melayu perlu dikembalikan dalam jawi supaya dapat bergerak kembali bersama dengan rumi.

Semua papan tanda dan nama jalan juga sudah sepatutnya ditulis dalam jawi bersama dengan tulisan rumi.

Kita tidak harus berkompromi lagi.

Ini adalah negara Melayu asalnya.

Dari dahulu lagi kita dikenali dan diiktiraf sebagai negeri-negeri Melayu.

Nama negara ini pun asalnya adalah Persekutuan Tanah Melayu.

Malang sekali apabila ia ditukar menjadi Malaysia dan dengan itu hilanglah identitinya sebagai negeri-negeri Melayu.

Kini sudah tibalah masanya kita kembalikan yang hak.

Kita juga harus tanyakan orang, seperti anggota pertubuhan seperti dong ini apakah mereka semuanya sudah mengangkat sumpah taat setia kepada negara ini?

Kita tidak perlukan orang yang tidak sanggup berikrar taat setia tanpa berbelah bahagi kepada negara ini jika mahu berterusan tinggal di sini.

— BebasNews
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

  1. Golongan Dong ini,,tidak Akan menyokong kerajaan yang Rajanya seorang Islam,,kerana Sejarah di China golongan ini tidak membantu Kerajaannya ketika di serang kerana Rajanya seorang Islam..Jadi tidak perlulah mengharap kesetian yang tidak ikhlas dari mereka.
    Golongan seperti Dong juga,,ada pada golongan melayu ,,hanya jauhari yang mengenal manikam.
    Adakah murid-murid sekolah diajar adab menghadap Raja.?
    seperti murid-murid di Thailand.
    fikir-fikirkanlah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here