Bekas KP JPJ meninggal dunia

0
52

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron meninggal dunia akibat penyakit leukimia malam ini.

Allahyarham yang dikesan menghidap penyakit itu sejak Februari lalu menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.19 malam tadi di Hospital Ampang.

Anak keduanya, Shahirah Nadzri, berkata arwah bapanya menjalani rawatan kimoterapi di hospital itu sejak 18 Julai lalu berikutan masalah darah putih tidak normal.

“Ayah sebelum ini pernah berpesan meminta kami menjaga mak kerana dia kata dah tak lama,” katanya ketika dihubungi.

Shahirah berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 selepas selesai urusan di hospital.

Allahyarham meninggalkan balu, Datin Seri Fatimah Ariffin dan empat orang anak.

Allahyarham dilantik sebagai Ketua Pengarah JPJ pada 2016 sebelum ditukarkan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bersara pada Mac lalu.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/592349/bekas-kp-jpj-meninggal-dunia
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here