Hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah

Hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah
Oleh ZIHAN ZARI

 

WALAUPUN berbeza kaum, etnik, pemikiran dan pertututuran warga asing yang bekerja di sini, diberi berkesempatan menikmati dan berkongsi sama kemeriahan Aidiladha.

Menariknya dan uniknya
program mereka turut di libatkan sebagai sukarelawan berganding bahu sama-sama bergotong royong dan berganding bahu melapah daging di Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam hari ini.

Menurut Imam nya Ustaz Ashyraf Jazari, “sebanyak 11 ekor lembu telah dikorbankan, disamping 10 ekor kambing turut di lapah untuk di agih-agihkan kepada 500 orang penerima termasuk asnaf di sini, katanya.

Ashraf berkata, “aidiladha menjadi tali jambatan dalam mengukuhkan persaudaraan, kesefahaman dan keharmonian dengan tidak mengira warna kulit, keturunan, bangsa dan kedudukan.

Melaksanakan Ibadah korban dapat menebus dos, juga mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Taala.

Disamping itu boleh membentuk peribadi ikhlas,sabar, qana‘ah (bersyukur), belas kasihan dan bantu membantu.

Seramai 120 orang sukarelawan lelaki dan dibantu 30 orang perempuan membantu melicinkan perjalanan program ini secara sistematik agar ianya boleh jadi panduan kepada masjid lain”, katanya kepada bebasnews.

Bagi, Tina Angea, 40 warga Indonesia yang mencari rezeki selama 18 tahun begitu gembira dengan nikmat Allah yang diberikan bersara teruja menerima agihan ini.

Manakala rakan beliau, Marimar Tina, 41 begitu teruja bilamana mereka tidak di sisihkan oleh masyarakat setempat apabila dipanggil ke sini . “Saya ingin merebus daging ini untuk dibuat sup”, katanya.

Namun berbeza pula bagi warga Bagladesah Mohd Abran 39 dan rakannya Hafizzur Rahman, 50 akan membawa balik untuk dimakan bersama-sama rakan serumah.

BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.